Judul buku: Adik, Jangan Pergi
Penulis: Terdiri daripada 31 orang penulis dari HAMARE Group.
Penerbit: Hamare Publication
Mukasurat: 359
Gabungan 31 kisah berkisar pada kisah2 kehidupan bersama adik beradik. Suka duka kehidupan bersama adik beradik dicoretkan oleh penulis sebagai perkongsian pengalaman. Ada yang mengisahkan kesedihan di atas kehilangan adik-beradik, perselisihan faham yang mudah terjadi di antara adik beradik dan ada juga kenangan ketika membesar bersama-sama. Apabila masa berlalu, keakraban semasa kecil dirindui selalu.
CikYong tidak pasti samada cerita2 yang dicoretkan merupakan pengalaman sebenar atau merupakan cerita yang dicipta untuk memberi pengajaran. Walau bagaimana pun, semua cerita diolah dengan begitu menarik penceritaannya. Begitu juga akan peringatan dan pangajaran yang ingin di sampaikan, dapat diterima dengan hati terbuka dan diambil sebagai nasihat yang baik untuk semua pembacanya.

No comments:
Post a Comment