Sunday, 11 February 2024

Hari ke-41 di tahun 2024

 Pagi ini CikYong masih di rumah adik. CikYong terasa kurang tidur disebabkan lewat tidur pada malam semalam dan CikYong bangun awal pagi ini. Terasa agak panas pada malam semalam. Cuaca di Kuala Lumpur panas semalam.

Adik CikYong sediakan sarapan roti canai yang dibeli. Anak2 dan anak2 saudara turun lagi sekali ke kolam renang. CikYong dan kakak juga turun menemani mereka di kolam. Seronok anak2 dapat bermain dua kali di kolam. Setelah lebih sejam, kami naik ke rumah. Anak2 mandi dan bersarapan. 

Pada tengahari, kami bersiap2 untuk pulang ke kampung. Kakak juga akan bergerak pulang ke rumahnya di sebelah selatan.

Alhamdulillah, sempat juga kakak menbasuh baju dan mengeringkannya pada malam semalam. Dapatlah memakai semula baju tersebut hari ini. Oleh kerana kakak dan keluarga pada awalnya tidak merancang untuk singgah dan tidur di rumah adik, maka mereka tidak membawa baju untuk persalinan.

CikYong menumpang kereta kakak untuk dihantarkan kami ke stesen bas ekpress yang berdekatan. Setelah kakak menghantar kami, kakak dan keluarganya meneruskan perjalanan mereka ke bandar utama. Mereka masih ada urusan mencari rumah sewa di kawasan sekitar bandar utama. Anak sulong kakak akan mengikuti intern di sebuah syarikat yang terletak di bandar tersebut selama enam bulan yang akan bermula pada bulan hadapan.

Tiba di stesen bas, kami makan tengahari dan solat di surau di situ. Bas ekspress tiba setelah menunggu sekitar dua puluh minit selepas kami solat. Perjalanan lancar cuma ada sedikit kesesakan disebabkan terdapat dua kemalangan kecil di dua lokasi di lebuhraya.

Setibanya kami di destinasi, adik ipar datang mengambil kami di stesen bas dan menghantar kami pulang ke rumah.

Sebelah malam, kami ke rumah bonda. Adik ipar (adik ke-5) telah pun sampai semalam. Kami makan malam di rumah bonda, makan nasi dan kari ikan yang di masak oleh adik ipar. Dan juga laksa. Dapatlah bersembang dan bertanya khabar dengan adik ipar.

Perang hari ke-128 di Palestine. CikYong terbaca berita perihal seorang kanak2 Palestine bernama Hind yang telah hilang dua belas hari yang lepas. Kali terakhir sebelum kehilangan beliau, beliau telah menelefon ibunya yang merupakan seorang doktor. Di dalam panggilan kecemasan itu, beliau memberitahu bahawa beliau berada di dalam kereta bersama keluarga terdekatnya. Kereta mereka telah diserang oleh tentera Isreal. Semua ahli keluarganya di dalam kereta tersebut telah terbunuh sementara beliau sendiri telah cedera. Pihak ambulan telah menghantar dua orang paramedik mencari tempat kejadian dan menyelamatkan kanak2 tersebut. Malangnya, selepas itu, tiada berita diterima perihal Hind atau pun paramedik tersebut. Setelah tentera Israel beredar dari kawasan yang diserang tersebut, barulah pencarian dapat dilakukan. Maka hari ini, telah ditemui kereta dan ambulans yang telah diserang tersebut. Dan juga ditemui mayat2 yang telah reput yang merupakan Hind dan keluarga terdekatnya di dalam kereta. Mayat2 paramedik ditemui di dalam ambiulan yang telah dimusnahkan oleh kereta kebal IDF. Ya Allah bantulah kami Ya Allah untuk memerangi manusia yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan ini. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...