Wednesday, 21 February 2024

Hari ke-51 di tahun 2024

 Setiap pagi dimulakan dengan kesyukuran kepada Allah yang mengizinkan diri ini masih lagi berada di dunia yang indah ini.

Sarapan pagi dibeli oleh suami CikYong di pekan. Malam semalam dan beberapa hari yang akan datang, suami berulang alik ke rumah bonda. Suami CikYong menemani bonda disebabkan adik ipar dan keluarga pulang ke kampung suaminya. Pada masa yang sama, terdapat juga anak2 saudara yang datang dan tidur di rumah bonda kerana ayah mereka pulang ke kampung ibu tiri mereka. Suami membantu menjaga anak2 saudara sepeninggalan ibu dan ayah mereka.

Setelah sarapan pagi, CikYong dan keluarga mengemas rumah sewa yang terletak bersebelahan rumah kami. Banyak barang2 kami yang diletakkan di situ. Boleh dikatakan rumah sewa tersebut telah menjadi stor barang2 yang jarang digunakan semenjak hampir setahun yang lalu. Oleh kerana orang yang ingin menyewa rumah tersebut, maka hari ini mengangkut balik barang2 ke rumah kami semula. Penuhlah juga separuh ruang rumah diisi dengan barang2 tersebut. Cukuplah mengemas untuk hari ini. Kerja2 memilih semula barang2 tersebut akan dilakukan pada hari yang lain pula. 😮‍💨😮‍💨

Di tengahari, CikYong tidak memasak hari ini. Oleh kerana suami membelikan lauk pauk untuk bonda dan anak2 saudara, maka kami semua ke rumah bonda sahaj untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, suami dan anak2 tinggal di rumah bonda sementara CikYong pulang ke rumah.

Sebelah petang, CikYong sambung semula lukisan. Sempat juga CikYong mengikuti dua sesi rakaman Qurantime yang CikYong tertinggal mengikuti siaran lansungnya. 

Lewat petang, suami dan anak2 pulang ke rumah sebentar sebelum pergi semula ke rumah bonda selepas bersolat Maghrib. Malam ini mereka akan tidur di rumah bonda.

Pada malamnya, CikYong menyambung bacaan CikYong perihal pejuang2 kemerdekaan Tanah Melayu.

Hari ke-138 perang di Palestine. Terdapat lebih 50 negara sedang membentangkan dakwaan genocide yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestine. Sementara rakyat di Gaza kebuluran dan diserang bertubi2 sehinggakan mereka di tembak ketika ingin mendapatkan bantuan makanan.





No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...