Setiap hari yang baru perlu dihargai kerana ianya tidak datang secara kebetulan. Ianya juga bukan datang sebagai kemestian. Dan bukan juga hanya sekadar lumrah kehidupan. Apabila hari menjengukkan dirinya, ia merupakan nikmat kasih sayang Allah yang masih memberi ruang dan peluang. Semoga kita dapat meneruskan perjuangan menjadi hambaNya yang terbaik. InsyaAllah…
Salam Jumaat mubaroqah…
Masih lagi di dalam cuti sekolah. CikYong bersarapan pagi bersama keluarga. Suami tolong belikan sarapan nasi lemak dan kueytiaw goreng. Sementara anak saudara yang masih lagi tidur sejak balik dari masjid. Dia hanya bersarapan pada waktu tengahari. Susah juga untuk mendidik anak2 agar tidak terlalu lewat tidur. Cabaran buat ibubapa.
Di wassap group, kawan lama semasa di sekolah, berkongsi rasa kehilangan perihal ayahnya yang baru sahaja kembali ke pangkuan Ilahi. Sebelum ini, beliau dan keluarganya menjaga arwah ayahnya yang telah uzur. Terasa kehilangan apabila setiap pagi beliau dan anak2nya menguruskan ayahnya, namun kini tiada lagi. Semoga Allah ganjari rakan CikYong ini dan keluarga syurga yang tertinggi di atas usahanya menyantuni ibu bapa yang telah sampai usia tua.
Ianya juga membuatkan CikYong terkenang kepada arwah mak dan abah CikYong. Semoga Allah merahmati kedua ibubapa kita yang telah menjaga kita sedari kecil hingga kini. Amin amin ya rabbal alamin.
Di tengahari, CikYong sediakan juadah untuk makan tengahari. Hari ini CikYong memasak gulai kari udang, sup ayam, ayam goreng tepung dan tempe goreng tepung. Selepas suami, anak2 dan anak saudara balik dari solat Jumaat, kami menjamah makanan tengahari.
Kemudian CikYong menyambung lagi lukisan CikYong. Sempat juga CikYong habiskan membaca buku berjudul Dari Kuala Lumpur ke Kuala Lumpuy. Ia merupakan sebuah biografi ringkas Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12.
Sebelah malam, CikYong menyambung mengikuti rakaman kelas hadis Arbain. Malam ini merupakan giliran anak2 dapat menikmati mee segera iaitu mengikut peraturan yang telah ditetapkan dua kali sebulan. Oleh kerana jenama Maggi termasuk di dalam senarai boikot Isreal, maka ditukar kepada jenama Mamee.
Hari ke-134 perang di Israel. Terubat sedikit apabila CikYong melihat terdapat aktivis Palestine yang membantu sesama mereka memberi bantuan. Hasil sumbangan mereka yang prihatin dari seluruh dunia yang disalurkan melalui aktivis2 tersebut. Ya Allah, semoga Engkau permudahkan kehidupan dan urusan rakyat Palestine yang berada di dalam peperangan. Amin amin ya rabbal alamin.


No comments:
Post a Comment