Alhamdulillah masih lagi bernafas di waktu2 yang semakin hampir ke penghujung kehidupan di dunia ini.
Dari pagi hingga ke tengahari, CikYong penuhi dengan urusan harian CikYong. Bermula dengan memasak pulut dan kari ayam untuk bekalan anak2 ke sekolah. CikYong juga membuat brownies juga untuk bekal anak2.
CikYong memasuki kelas bahasa arab bersama ustazah untuk CikYong mengulangkaji dan meramaikan qorum kelas tersebut. Ini merupakan kali pertama CikYong memasuki kelas sesi hari rabu.
Setelah selesai kelas, terus CikYong sambung dengan memasak untuk tengahari. CikYong cuma memasak gulai lemak kuning udang, sayur sawi bunga tumis dan ikan goreng.
Selepas suami menghantar anak ke sekolah agamanya. CikYong dan suami ke perpustakaan awam untuk memulang dan meminjam buku. Sementara CikYong memilih buku untuk dipinjam, suami CikYong pula pergi menguruskan tempahan dewan untuk majlis sambutan harijadi bonda yang akan diadakan pada hari ahad yang akan datang. Suami CikYong pergi bersama dengan adiknya.
Ketika di perpustakaan, CikYong berjumpa dengan guru lukisan CikYong. Guru lukisan CikYong menyarankan CikYong membawa lukisan2 CikYong ke perpustakaan pada minggu hadapan. Beliau mencadangkan untuk mengadakan pameran lukisan mini di perpustakaan selama dua minggu bersempena dengan cuti sekolah. CikYong perlu menyediakan nota kecil menyatakan maklumat berkaitan setiap lukisan.
Hari ke-125 perang di Palestine. Israel semakin mengganas. Pengeboman di Gaza semakin kerap dan banyak. Beratus yang tercedera dan terkorban. Di saat2 sebegini, terasa begitu lemahnya iman kerana tidak dapat membantu sebanyak yang mungkin. Kebergantungan terhadap Allah yang Maha Pengatur dan Maha Adil amat2 dirasakan. Jika dilihat akan perkembangan perang di Gaza, terasa seperti sukar untuk Palestine memenangi peperangan ini. Namun, sebagai seorang Islam yang meyakini Allah yang Maha Berkuasa terhadap segala makhlukNya, ketidakpastian itu digantikan dengan keyakinan terhadap Allah yang pasti memberikan kejayaan kepada hambaNya yang taat mengikuti perintahNya. Ya Allah, ku mohon agar Engkau tetapkanlah hati kami di jalan yang benar. Amin amin ya rabbal alamin.

No comments:
Post a Comment