Wednesday, 14 February 2024

Hari ke-44 di tahun 2024

 Alhmadulillah nafas masih diizinkan hadir di dalam diri ini. Keindahan alam yang terbentang masih boleh dikecapi. 

Hari ini, CikYong dan keluarga termasuk seorang anak saudara bertolak seawal pagi ke tapak rekreasi. Sebenarnya telah dua hari anak saudara CikYong datang ke rumah bersempena cuti sekolah. Dua hari lepas terdapat dua orang anak saudara CikYong namun seorang telah balik ke rumahnya semalam kerana minggu ini dia masih lagi bersekolah. Maka, hanya tinggal seorang sahaja, yang kami ajak bersama ke tapak rekreasi. Adik ipar (adik no. 7) dan keluarganya juga turut serta hari ini.

Akhirnya kami berjaya tiba di tapak rekreasi. Walaupun setelah tersesat sedikit disebabkan lambat menerima jawapan daripada wakil tempat rekreasi tersebut. Kami dibawa oleh penunjuk arah google maps melalui jalan2 yang agak bersimpang siur dan kecil. Walau bagaimanapun, terasa berbaloi meredah jalan jauh apabila melihat permandangan yang indah di depan mata. Aliran air sungai di celah batu yang terdampar di dalam sungai sungguh mendamaikan. Bunyian air yang mengalir menenangkan perasaaan. Alhamdullillah masih diizinkan Allah menikmati keindahan ciptaanNya.



Hari ini, seramai tujuh orang terdiri daripada anak2 CikYong dan ahli keluarga adik ipar yang terdiri daripada empat orang dan anak saudara akan beraktiviti berakit di sungai dan jeram. Cuma CikYong dan suami yang tidak ikut serta. 

Perancangan untuk pergi berakit ini merupakan perancangan saat2 akhir. Dua hari lepas semasa majlis harijadi bonda, di mana semua adik beradik suami CikYong dan keluarga berkumpul untuk meraikan bonda. Semasa duduk semeja dengan adik ipar (adik no. 7) dan isterinya (biras CikYong) kami bersembang perihal aktiviti untuk anak2 semasa cuti sekolah ini. Oleh kerana pada kebiasaannya, semasa cuti sekolah, CikYong akan mencari sesuatu aktiviti baru untuk anak2, maka biras bertanyakan apakah perancangan CikYong untuk cuti ini. CikYong berkongsi akan hasrat CikYong untuk membawa anak2 mencuba white water rafting. Mendengarkan perancangan CikYong, terus biras berminat untuk turut serta bersama2 suami dan anak2nya. Dari situlah, CikYong uruskan pencarian tempat rekreasi dan seterusnya membuat tempahan untuk aktiviti hari ini. Alhamdulillah terdapat kekosongan slot untuk hari ini memandangkan cuti adik ipar hanya sehingga esok. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.

Mereka menaiki lori berisi bot rakit bersama-sama dengan jurumudi ke tempat mula berakit. CikYong dan suami hanya menunggu di tempat rekreasi tersebut. Oleh kerana kami perlu menunggu selama tiga jam sehingga aktiviti berakit tersebut selesai, kami meninjau persekitaran kawasan tapak rekreasi tersebut.

Tempat rekreasi tersebut terletak di tepi sungai. Ia mempunyai chalet untuk disewa, ruang terbuka seperti arena, ruang makan, dewan. Kemudahan asas juga disediakan dan dalam keadaan baik termasuklah tandas dan bilik mandi. Terdapat pelbagai aktiviti luar disediakan di situ.

Kami kemudiannya memilih untuk bersantai-santaian di batu2 yang terhampar di dalam sungai. Air sungai yang dingin separas lutut sungguh menyegarkan. Merendam kaki sambil menjamah bekal nasi goreng yang dibawa. Mengabadikan permandangan yang mendamaikan di telefon bimbit. Sekali-sekala terdapat beberapa bot rakit melintasi kami yang sedang bersantai. Tangan dilambai kepada perakit2 lain sambil menegur sapa mesra mereka yang jelas diriak muka kepuasaan berakit.

Setelah tiga jam beraktiviti, akhirnya kumpulan perakit keluarga CikYong pun tiba. Jelas keseronokan tergambar di wajah mereka. Makanan tengahari telah disediakan oleh pengusaha tapak rekreasi di ruang makan. Adik ipar suami isteri dan anak kedua mereka terus menjamah juadah. Sudah pasti terasa lapar setelah penat berakit. Namun anak2 teruna pula lebih tertarik untuk bermain di sungai terlebih dahulu sebelum makan. Kami berpuas hati dengan hidangan yang disediakan walaupun nasi putihnya cukup2 sahaja. Terutamanya buat anak saudara yang kebiasaannya kuantiti nasinya perlukan dua pinggan penuh.

Setelah puas bermain di sungai, anak2 naik sekejap untuk makan sebelum masuk semula ke dalam sungai. CikYong dan suami pula, setelah selesai makan tengahari, kami pergi bersolat di dewan yang dijadikan ruang solat sementara. Suraunya sedang dinaiktarafkan.

Seronok sungguh anak2 bermain di sungai namun CikYong panggil juga untuk naik, mandi dan bersalin pakaian. Kemudiannya suruh mereka bersolat.

CikYong dan biras pula pergi ke pejabat penyambut tetamu untuk melihat dan membeli sekeping dua photo yang diambil semasa aktiviti berakit. Oleh kerana harga photonya agak mahal, kami hanya membeli sekeping setiap seorang.

Kami bergerak pulang setelah hari melewati petang. CikYong dan keluarga balik menuju ke kampung sementara adik ipar dan keluarga meneruskan perjalanan ke rumah ibu mertuanya.

Dalam perjalanan pulang, anak2 tidur keletihan. Menurut anak teruna kedua CikYong, hari ini ada tiga perkara yang menyeronokkan iaitu menaiki lori, berakit  dan bermain air, melawan arus sungai. Pada satu ketika semasa mandi sungai, kaki anak CikYong cramp, berkerut juga dia menahan kesakitan.

Syukur alhmadulillah semuanya ok. Anak2 juga berkesempatan menimba pengalaman baru, melakukan aktiviti fizikal. Dapatlah juga dipalingkan mereka kepada aktiviti selain daripada menekuni gajet.

Hari ke-131 perang di Palestine. Serangan demi serangan semakin menjadi2 oleh Isreal terhadap rakyat Palestine. Terdapat banyak video yang dipaparkan di media sosial menunjukkan rakaman aksi2 biadap tentera IDF bergambar dengan rakyat Palestine yang ditahan dan didera oleh mereka. Perangai biadap mereka mencuri barang2an dari rumah rakyat Palestine yang dicerobohi. Terlampau banyak kezaliman dan kerosakan yang dilakukan sehingga tidak tertulis untuk dirakamkan.

No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...