Friday, 9 February 2024

Hari ke-39 di tahun 2024

 Alhamdulillah untuk hari yang sentiasa di dalam rahmat Allah. Usai CikYong memasak roti jala untuk bekal anak ke sekolah, CikYong dan suami pun pergi berbasikal. Kami menyelusuri laluan yang sama seperti kebiasaannya. Dalam perjalanan, dapat CikYong merakam drone sedang membaja di sawah padi yang sudah mula kelihatan anak pokok padi tumbuh. 


Pulang dari berbasikal, CikYong panaskan pulut yang dibawa balik oleh anak teruna sulong dari sekolah semalam. Bekal pulut tersebut tidak ada yang mahu memakannya, maka anak CikYong membawa balik semula ke rumah. Sementara itu, suami CikYong bersarapan bihun goreng dan anak CikYong pula bersarapan nasi lemak, kedua2 nya dibeli oleh suami sebelum keluar berbasikal.

Setelah selesai bersarapan, CikYong dan suami keluar ke bandar untuk menghantar lukisan CikYong untuk di buat bingkai. Balik dari bandar, CikYong terus memasuki kelas bahasa arab dalam talian. CikYong masuk lewat sedikit disebabkan terlambat balik dari bandar. Oleh kerana esok merupakan Hari Tahun Baru Cina, maka jalan di bandar agak sesak disebabkan kaum cina sibuk membuat persediaan untuk sambutan perayaan mereka.

Selesai sahaja kelas, CikYong sediakan bekal untuk anak teruna sulong. Untuk hidangan tengahari, CikYong hanya memasak nasi dan menggoreng sepotong ikan merah. Suami belikan lauk tambahan iaitu ikan goreng dan sup kosong. 

Sebelah petang, CikYong dan suami keluar lagi sekali ke bandar untuk mengambil lukisan yang telah di bingkaikan. Kemudian singgah sekejap di kedai alat tulis untuk membeli kertas tebal. CikYong beli juga sebatang berus lukisan mendatar bersaiz 3 dan tiub warna akrilik umber.

Kemudiannya, kami ke sekolah anak saudara untuk mengambil mereka balik dari sekolah dan menghantar ke rumah mereka. Dalam perjalanan CikYong dan suami balik ke rumah, kelihatan awam hitam menyeliputi langit. Sebaik sahaja kami hampir tiba ke rumah. hujan lebat mula turun. Kilat dan guruh sabung menyabung. Bunyi guruh yang kuat bagai langit akan runtuh kedengaran begitu dekat seolah2 ia berada di atas bumbung. Hujan lebat bersertakan angin sungguh mengerunkan. 


Hari ke-126 perang di Palestine. 

CikYong terbaca kisah seorang doktor pakar di salah sebuah hospital di Gaza yang telah diculik oleh tentera Isreal 45 hari yang lalu. Beberapa hari yang lepas beliau telah dibebaskan oleh Israel. Sebaik sahaja dibebaskan, beliau terus kembali bertugas di hospital untuk merawat begitu ramai mangsa dari serangan Isreal. Ketika di temubual, beliau menceritakan penderaan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestine yang diculik. Beliau menyatakan beratnya telah susut sebanyak 25kg selepas di tahan selama 45hari tersebut. Beliau masih tidak mendapat apa2 berita perihal isteri dan anak2 beliau. Ya Allah, kami memohon pertolongan dari Mu Ya Allah yang Maha Mengetahui dan Mengatur segalanya.

No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...