Monday, 12 February 2024

Hari ke-42 di tahun 2024

 Alhamdulillah, hidup harus diteruskan…

Hari ini, pada sebelah pagi, CikYong dan keluarga keluar ke pekan untuk mencari hadiah buat bonda dan tukaran hadiah. Setelah berpusing beberapa kali di dalam kedai, akhirnya kami temui juga hadiah yang sesuai. 

Selesai mencari hadiah, kami singgah makan tengahari di kedai sebelum pulang ke rumah.

Sebelah petang, CikYong bungkuskan hadiah. CikYong ambil masa terluang untuk menulis di blog setelah dua hari tidak meng’update’.

Majlis sambutan harijadi bonda berjalan lancar. Kami mengadakannya di dewan yang disewa khas untuk majlis tersebut. Dewannya cantik, luas dan selesa. Makanan yang disediakan juga lazat2 belaka. Semua anak menantu dan cucu hadir kecuali seorang menantu dan tiga orang cucu. Menantu dan seorang anaknya perlu balik ke kampungnya kerana ibunya sakit. Sementara seorang cucu berada di Sabah untuk program universitinya. Dan seorang lagi cucu berada di asrama sedang menghadapi peperiksaan SPM. Jika tidak silap CikYong, ini merupakan sambutan harilahir ke-70 buat bonda.

Hari ke-129 perang di Palestine. PM Isreal telah mengisytihar akan menghantar tentera dan mengembom Rafah di Selatan Gaza. Terdapat kira2 1.4juta rakyat Palestine yang tinggal sementara di dalam khemah2 di Rafah yang bersempadan dengan Mesir. Sementara Mesir pula, telah membina tembok di sempadannya untuk menghalang rakyat Palestine dari memasuki Mesir. Kini rakyat Palestine terkepung dan hanya menunggu di bom bila2 masa sahaja. Sementara dunia hanya melihat. Ya Allah, hancur rasa hati mengenang saudara2 Islam di Palestine dan CikYong tidak tahu bagaimana lagi untuk membantu. Ku mohon kepadaMu ya Allah, bantulah kami yang lemah ini. Amin amin ya rabbal alamin.



No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...