Alhamdulillah merupakan ucapan pertama yang haris diucapkan bagi memulai hari yang penuh kerahmatan dan kasih sayang.
Cuaca hari ini dan hari2 yang lepas terasa begitu panas. Telah beberapa hari hujan tidak turun. Oleh kerana rumah CikYong hanya mempunyai kipas sahaja dan tiada pendingin hawa, amat terasa bahang di siang hari.
Pagi ini, CikYong dan keluarga bersarapan nasi lemak dan bihun goreng yang dibeli oleh suami.
Hari ini CikYong mula mengikuti sesi rakaman Qurantime yang CikYong terlepas sepanjang hari2 ketika CikYong ke ibubkota tempoh hari. Terdapat beberapa sesi yang perlu di ikuti, namun untuk hari ini, CikYong hanya sempat mengikuti dua sesi sahaja.
Untuk makan tengahari, CikYong sediakan gulai lemak kuning udang, sayur sawi tumis, ikan dan ayam goreng tepung.
Sebelah petang, selepas asar, CikYong dan suami ke hypermarket di pekan. Kami bertembung dengan ibu bapa kepada kawan anak teruna kedua CikYong. Anak mereka merupakan kawan lama anak CikYong semasa di pra sekolah dahulu. Telah lama juga tidak berjumpa dengan pasangan tersebut, mungkin lima tahun yang lalu. Kami dapat bersembang sekejap perihal perkembangan kehidupan masing2. CikYong berasa teruja juga dapat bertemu dengan kenalan lama.
Perang di Palestine telah memasuki hari ke-146 perang di Palestine. Di dalam media sosial banyak berkongsi berita perihal bantuan makanan yang di hantar oleh Jordan melalui payung terjun yang di jatuhkan di sepanjang Gaza strip dari utara hingga ke selatan. Terdapat pelbagai versi cerita berkaitan ‘airdrop’ ini. Ada yang mengatakan ianya hanyalah berita yang direka2, sebenarnya tiada bantuan yang dihantar ke Gaza. Ada juga berita yang mengatakan airdrop yang dilakukan, kebanyakannya jatuh di laut. Ada juga yang mengatakan tiada airdrop yang dihantar ke bahagian utara Gaza di mana tahap kebuluran yang paling kritikal sedang berlaku. Terdapat juga berita menunjukkan terdapat penduduk di Gaza yang bergembira apabila mendapat bantuan makanan daripada airdrop tersebut.
Walaupun apa pun beritanya, CikYong berharap apa yang sebenarnya berlaku di bumi Palestine merupakan sesuatu yang baik untuk rakyat Palestine yang sedang menderita. Semoga Allah permudahkan kehidupan saudara2 kami di Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.



No comments:
Post a Comment