Thursday, 29 February 2024

Hari ke-58 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang indah.

Hari ini CikYong dan keluarga masih berada di rumah adik CikYong di ibu kota. Kami bersarapan dengan roti canai yang di beli oleh adik melalui grab. Kami kemudiannya bersiap2 dan mengemas beg pakaian. Kami bergerak balik ke kampung pada pagi ini. Suami CikYong ingin bergerak awal pagi untuk mengelak cuaca panas. Cuaca panas terik kebelakangan ini boleh mengganggu pemanduan suami CikYong.

Sebelum bergerak pulang, CikYong singgah sebentar di pejabat prngurusan rumah. CikYong mengadu perihal bocor di syiling rumah. Pihak pengurusan berjanji akan menghantar pekerjanya ke unit rumah untuk melakukan pemeriksaan terhadap kebocoran tersebut.

Alhamdulillah kami selamat tiba semula di kampung kami. Kami singgah dahulu di kedai makan untuk makan tengahari.

Setiba di rumah, alangkah terkejutnya kami apabila melihat pintu dapur terbuka luas. Namun alhamdullilah pintu besinya masih di dalam keadaan berkunci. Rupa2nya ada cubaan oleh seseorang untuk memecah masuk rumah. Alhamdulillah dia tidak dapat atau tidak jadi untuk memecah masuk rumah CikYong. Kemungkinan juga dia berubah fikiran apabila dia melihat tiada barang2 berharga yang boleh diambilnya.Sememangnya tiada barang berharga pun di dalam rumah CikYong ini. 

Seperti kebiasaannya selepas balik ke rumah dari mana2 perjalanan, CikYong akan mengemas kain baju daripada beg pakaian. CikYong mula membasuh pakaian kotor yang bertimbun.

Sebelah petang dan malam CikYong hanya mengemas serba sedikit rumah.

Hari ke-145 perang di Palestine. Satu video yang menggemparkan dan menyayat hati tersebar luas di media sosial. Seorang tentera Amerika telah merakam secara live perihal dia membakar dirinya di hadapan pintu pagar kedutaan Isreal di Amerika Syarikat. Tentera tersebut telah terkorban akibat hangus terbakar. Beliau bertindak sedemikian sebagai protes terhadap negaranya yang melakukan genocide terhadap Palestine. Semasa beliau terbakar, beliau melaungkam Free Palestine sehingga ke akhir hayatnya.

Walaupun di dalam Islam, membunuh diri adalah suatu tindakan yang berdosa, namun CikYong masih berasa simpati di atas kematian Aaron Boshnell, tentera Amerika tersebut. CikYong serahkan ketentuannya kembali kepada Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 😢








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...