Di hujung minggu ini, CikYong lebihkan masa mengikuti perkembangan di Palestine melalui platform media massa. Setelah genap 120hari perang di Palestine. Kesengsaraan rakyat Palestine semakin bertambah. Pada masa yang sama, tentera pejuang masih kuat di medan perang menghalang kemaraan tentera IDF. Di antara video yang menarik perhatian adalah dari tentera pejuang. Di dalam video tersebut, kelihatan jentolak sedang giat meruntuhkan khemah2 rakyat Palestine. Rupa2nya pejuang sedang menunggu betul2 di hadapan jentolak dan terus melancarkan roket tepat ke jentolak tersebut. CikYong kagum dengan keberanian pejuang ini. Semoga Allah kurniakan kemenangan buat tentera pejuang. Amin amin ya rabbal alamin…
CikYong juga meneruskan catan lukisan CikYong. Banyak juga kemajuan dalam menyiapkan lukisan tersebut, telah hampir tujuh puluh peratus siap.
CikYong juga telah habiskan bacaan buku yang berjudul ‘Adik, jangan pergi’.
Sebelah malam, CikYong ikuti pula rakaman video kelas Bahasa Al Quran. Sebelum tidur, sempat lagi CikYong menjamah sedikit nasi kenduri, pemberian dari adik ipar. Sebenarnya pada siang tadi, jiran adik ipar dan bonda ada menjemput ke kenduri aqiqah. Pada sebelah petangnya, jiran tersebut menghantar makanan le rumah bonda. Oleh kerana banyaknya makanan yang diberi, adik ipar hantarkan ke rumah CikYong. Alhamdulillah, direzekikan CikYong dan keluarga merasa nasi kenduri hari ini.
Sebelum anak teruna kedua tidur, dia berkongsi rasa akan kerisauannya. Dia risau jika nyawanya diambil semasa dia tidur nanti. CikYong ajarkannya untuk meminta ampun dari Allah diatas segala dosa, agar andai kata di takdirkan nyawa diambil semasa kita tidur, kita telah memohon pengampuan dari Allah. InsyaAllah diterima pemohonan kita itu.

No comments:
Post a Comment