Di awal perancangan, CikYong berhasrat untuk berpuasa namun CikYong batalkan. Selepas bersarapan, CikYong sediakan bekal untuk anak teruna sulong. CikYong masakkan muffin, spagethi dan sandwich.
Kelas bahasa arab secara dalam talian berjalan seperti biasa. Hari ini ustazah mengajar bentuk2 perkataan yang di’majhul’kan.
Hari ini di sekolah anak teruna kedua, ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Setelah selesai berjumpa dengan guru kelas, ibu bapa boleh membawa pulang anak2 masing-masing. Oleh kerana itu, anak CikYong pulang awal hari ini.
Sebelah petang, CikYong sibuk membuat tempahan tiket keretapi dan bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan. CikYong membeli tiket secara dalam talian sahaja.
Setelah selesai, CikYong menyambung semula lukisan CikYong. Hari ini masih lagi melukis awan.
Hari ke-118 perang di Palestine. Pengeboman masih lagi berleluasa. Terdapat satu hantaran di media sosial yang menarik perhatian CikYong. Seorang pemuda Jepun berdemonstrasi berseorangan semenjak seminggu selepas bermulanya perang di Palestine. Setiap hari dia akan berdiri di tempat2 awam sambil memegang plakad bertulis ‘Save Gaza’. Dia rakamkan aksinya sendiri ketika berada di tempat2 berdemonstrasi. Dia berdemonstrasi di hadapan premis yang diboikot, kedutaan, stesen keretapi dll.


No comments:
Post a Comment