Senyuman adalah kekuatan sihir yang dihalalkan, adalah wang muka yang dibayarkan untuk cinta dan pernyataan hubungan persahabatan, adalah satu misi yang diturunkan di dunia untuk perdamaian dan cinta kasih, dan adalah sedekah wajib yang menunjukkan bahawa orang yang mengeluarkannya, dengan itu, menyatakan keredhaannya, ketenangan jiwanya, dan keteguhan hatinya. (Petikan dari Kata-kata Hikmah buku terjemahan Nabi Muhammad saw Al-Quran berjalan rahmat bagi seluruh alam)
Alhamdulillah pagi yang indah. Suami dan anak2 tidur di rumah bonda pada malam semalam. CikYong bersarapan lewat sedikit kerana menunggu anak2 dan suami pulang ke rumah.
CikYong ikuti kelas bahasa arab bersama ustazah untuk kelas ulangkaji. Hari ini juga CikYong dapat menghabiskan kelas2 tertunggak iaitu kelas pengajian syarah hadis Arbain An Nawawi kitab Al-Wafi dan kelas bahasa arab kata dasar.
Setelah selesai kelas, kami mula mengemas barang2 yang bertimbun di ruang dapur. Kami mulakan dengan buku2 sekolah anak2 yang lama, diasingkan dan dihantar ke tempat tong sampah kitar semula yang berdekatan. Hanya itu sahaja yang dapat dilakukan untuk hari ini.
Hari ini juga CikYong tidak menyediakan makan tengahari. Seperti semalam, kami pergi ke rumah bonda selepas bersolat zohor.
Selepas makan, CikYong dan suami pergi ke hypermarket terdekat. Kami membelikan bahan2 untuk membuat acar yang dikirim oleh ibu saudara. Kami juga memberi serba sedikit barang keperluan rumah.
Hari ini CikYong tidak sempat menyambung lukisan.
Pada malamnya, CikYong sambung semula mengikuti rakaman kelas hadis Arbain.
Hari ke-139 perang di Palestine. Perasaan dan semangat yang turun naik apabila melihatkan tiada perkembangan yang positif yang dilihat dan didengari dari bumi Palestine. Harus diingatkan semula kepada diri sendiri akan kekuasaan Allah mengatasi segala kuasa makhluknya. Barulah dapat dirasakan ketenangan dan kekuatan untuk terus berjihad di ruang alam maya.
Semoga Allah kurniakan kekuatan buat diri CikYong dan semua umat Islam. Amin amin ya rabbal alamin.

No comments:
Post a Comment