Judul buku Aku Terima Nikahnya
Penulis Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan Hilal Asyraf Resources
Cetakan 2019
Mukasurat 348
Buku ini merupakan terbitan kali kedua selepas kira2 sepuluh tahun ianya pertama kali diterbitkan oleh penerbit yang lain.
Buku ini boleh di kategorikan sebagai buku motivasi dan panduan. Ia menyentuh perihal persediaan untuk berumahtangga, matlamat yang betul untuk berumahtangga dan realiti hidup berkeluarga.
Gaya penyampaian digabungkan antara nasihat, panduan dan pengalaman sebenar penulis dalam melalui fasa2 sebelum dan selepas termenterainya akad nikah. Gabungan ini menjadikan maklumat yang ingin disampaikan tidak membosankan dan lebih santai.
Walaupun hakikat sebenarnya, setiap insan mempunyai jalan cerita kehidupan yang tersendiri dan unik, namun pengkongsian pengalaman peribadi penulis masih lagi berkait. Belajar dari pengalaman orang lain juga merupakan suatu usaha yang bijak.
Dapat CikYong simpulkan bahawa usaha penulis untuk mendidik pembaca terutamanya bagi mereka yang ingin melangkah ke alam berumahtangga dapat dicapai melalui buku ini. Sekalung terima kasih kepada penulis di atas perkongsian yang bermanfaat di dalam buku ini.

No comments:
Post a Comment