Hari ini merupakan antara hari yang amat menyedihkan bagi CikYong. Di hari ke-130, berita dari Palestine semuanya menyayat hati. Israel telah mula mengganas di selatan Gaza, khususnya Rafah. Kekejaman secara terang-terangan yang di saksikan oleh seluruh penduduk dunia menyerlahkan keangkuhan regim Zionis yang berpaksikan kerakusan dan keangkuhan.
Melihat rakyat Palestine yang terkorban dan cedera parah sungguh meruntun hati CikYong. Menitis air mata menyaksikan video kanak2 yang menangis ketakutan dan kesakitan. Ada kalanya tiada perkataan yang dapat CikYong gambarkan penderitaan yang dilalui oleh mereka di sana.
Trauma yang dirasai. Keadaan cemas yang menyesak perasaan. Perasaan bila2 sahaja bom akan jatuh.
Dunia masih sepi. Hanya sebagai penonton.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon ampun dari Mu di atas kesalahan kami membiarkan raksaksa lahir dari manusia2 yang bertunjangkan kezaliman dan kesombongan. Ya Allah, hanya kepadaMu kami berserah dan meminta pertolongan. Amin amin ya rabbal alamin.


No comments:
Post a Comment