Wednesday, 7 February 2024

Hari ke-37 di tahun 2024

Alhamdulillah masih lagi bernafas. Rahmat yang dikurniakan datang bersamanya tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap agama, keluarga, bangsa dan negara.

Pagi ini CikYong sediakan creampuff untuk anak teruna kedua bawa ke jamuan kelasnya di sekolah.

Hari ini tiada berbasikal. 

CikYong gorengkan nasi untuk bekal anak teruna sulong.

Untuk tengahari, suami belikan nasi ayam untuk anak teruna kedua. Namun, menurut anak, dia masih lagi kenyang disebabkan makan semasa jamuan kelas. Nasi ayam itu dimakannya selepas balik dari sekolah petang. 

Sebelah petang, CikYong dan suami keluar ke hospital dan ke pekan. CikYong ke hospital untuk menghantar surat kepada pihak pengurusan. Ia merupakan persediaan projek Ramadhan nanti. Setelah itu, kami ke pekan untuk pergi ke perpustakaan. Hari ini adalah tarikh untuk pemulangan buku. Namun rupa2nya perpustakaan ditutup hari ini. Terdapat notis di pintu pagar memaklumkan perpustakaan ditutup hari ini kerana ada perjumpaan bulanan.

Selepas itu, kami ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah. Balik dari pekan, kami singgah di pasar selasa di kampung CikYong untuk membeli sedikit makanan.

Sebelah malam, CikYong ikuti rakaman kelas bahasa arab.

Perang di Palestine masuk ke-124 hari. Rakyat Palestine berada di dalam keadaan yang amat mencabar. Ya Allah, kami memohon pertolonganMu. Hanya kepada Engkau tempat kami bergantung. Amin amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...