Monday, 5 February 2024

Hari ke-35 di tahun 2024

 Alhamdulillah masih lagi bernafas hari ini.

Di hujung minggu ini, selepas bersarapan dengan keluarga, CikYong menyambung semula lukisan CikYong. Akhirnya dapat juga CikYong siapkan lukisan CikYong ini setelah hampir seminggu menghadapnya.

Di tengahari, CikYong dan keluarga memenuhi jemputan walimatul urus ahli kariah kampung.

Di sebelah petang, CikYong telah menyambung  membaca buku berjudul “Mencari cinta Makkarech”. Ia merupakan sebuah travelog solo penulisnya.

Pada sebelah malam, CikYong ikut rakaman kelas hadis Arbain An Nawawi.

Anak teruna sulong CikYong pula ada google meet bersama dengan rakan2nya. Mereka perlu menyiapkan bahan untuk presentation pada keesokan hari. Anak CikYong pula rasa seperti hendak demam, juga turut ada selsema dan batuk. CikYong suruh anak CikYong ambil ubat demam sebelum dia masuk tidur.

Setelah 122 hari perang di Palestine, keadaan di Palestine semakin teruk dan meruncing. Kekurangan bantuan kemanusiaan yang dibenarkan memasuki Gaza, turut memburukkan keadaan rakyat Palestine. Keganasan Isreal masih lagi berterusan. Pengeboman rumah masih dilakukan. Ya Allah, kami memohon kekuatan dan berikanlah kemenangan buat umat Islam di Palestine dan seluruh dunia. Amin amin ya rabbal alamin.







No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...