Alhamdulillah untuk hari baru yang masih diizinkan untuk berada di dalamnya.
Hari ini CikYong dan keluarga akan ke ibukota. Selepas subuh, kami bersiap2 dan menyediakan beg pakaian dan keperluan lain yang perlu. Kami meminjam kereta adik ipar disebabkan kereta kami nasih lagi bermasaalah. Alhamdulillah direzekikan adik ipar yang bermurah hati untuk meminjamkan keretanya. Kami singgah dahulu di kedai makan sebelum meneruskan perjalanan ke ibukota. Semasa kami di kedai makan, dapat juga kami melihat perarakan anak2 yang akan berkhatan yang berjalan di hadapan kedai. Berhampiran dengan kedai makan tersebut, terdapat khemah majlis berkhatan diadakan majlis berkhatan beramai-ramai.
Setelah tiba di ibukota, kami terus menuju ke stesen mrt. Kami tinggalkan kereta di tempat letak kereta di stesen mrt tersebut. Kemudiannya, kami meneruskan perjalanan ke tengah ibukota. Destinasi kami terletak di segitiga emas. Setelah tiba di destinasi, kami berjalan-jalan sebentar di kompleks membeli belah yang berhampiran. Oleh kerana kami tiba agak awal ke destinasi yang telah ditetapkan, kami menunggu sebentar sebelum kami beredar untuk mencari surau yang berdekatan.
Akhirnya kami berjaya juga menemui surau yang terletak di dalam kompleks membeli belah walaupun arah jalannya agak mengelirukan. Setelah selesai solat zohor jama’ dan qasar, CikYong temui anak teruna sulong CikYong yang menunggu di ruang menunggu di hadapan surau. Sementara suami dan anak teruna kedua CikYong pergi mencari tandas. CikYong kemudiannya menghubungi suami untuk memberitahu agar kami bertemu semula di tapak destinasi.
Rupa2nya berpusing2 juga CikYong dan anak teruna sulong di dalam kompleks membeli belah tersebut untuk mencari pintu keluarnya. Setibanya kami di tapak destinasi, kelihatan suami dan anak teruna kedua telah tiba lebih awal dan sedang menunggu kami tiba. Penganjur program dakwah jalanan telah pun bermula di situ. Sebenarnya hari ini, CikYong ingin kedua2 anak CikYong turut serta di dalam progam dakwah jalanan yang diadakan di tengah2 segitiga emas tersebut.
CikYong bertemu dengan ketua program dan perkenalkan anak2 CikYong kepada beliau. Anak2 diberikan tugas untuk memberi pamplet dakwah kepada orang ramai yang lalu lalang di situ. CikYong tinggalkan anak2 kepada team dakwah jalanan tersebut. CikYong kemudiannya datang semula ke tapak program di ketika program hampir selesai.
Sementara menunggu program selesai, CikYong dan suami mengisi masa terluang dengan hanya menaiki mrt melalui beberapa stesen dan kemudiannya berpatah balik.
Setelah waktu program hampir selesai, kami tiba semula ke tapak dakwah. Sempat juga CikYong turut serta membeli pamplet kepada orang ramai. Hasil daripada maklum balas daripada penganjur, rata2 mereka berpuas hati dengan sikap anak2 CikYong dalam melunaskan tugas masing2. Alhamdulillah misi hari berjaya dijalani dengan baik.
Malamnya kami menunpang tidur di rumah adik ipar CikYong (adik no. 2).
Hari ke-143 perang di Palestine. Kebuluran rakyat Palestine semakin buruk terutamanya di bahagian utara Gaza. Kanak2 dan bayi merupakan mangsa yang paling terkesan. Telah terdapat bayi yang meninggal dunia disebabkan kebuluran. Sekatan bantuan yang dikenakan kepada rakyat Palestine memang merupakan salah satu strategi Isreal untuk menghapuskan rakyat Palestine. Teringat CikYong akan kisah Rasullullah saw dan umat Islam yang terawal yang di pulaukan oleh kaum Quraish di Mekah selama tiga tahun. Pemulauan tersebut menyekat sebarang keperluan untuk umat Islam. Kewafatan isteri tercinta Rasullullah saw, ibunda tercinta umat Nabi Muhammad saw, Khadijah bin Khuwailid juga adalah disebabkan sekatan tersebut. Ya Allah, semoga Engkau kurniakan kekuatan kepada kami seluruh unat Islam di akhir zaman ini, dan rakyat Palestine khususnya didalam memerangi kekejaman manusia yang tidak beriman kepadaMu. Amin amin ya rabbal alamin.

No comments:
Post a Comment