Sunday, 18 February 2024

Hari ke-48 di tahun 2024

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segala limpah kasih sayangNya.

Hari ini CikYong dan keluarga bersarapan awal kecuali anak saudara yang menyambung tidurnya selepas balik dari solat subuh di masjid. Suami belikan roti canai sebagai sarapan pagi ini. Semenjak cuti sekolah, CikYong belum lagi masak sarapan pagi kecuali sekali sahaja. Di ketika itu, CikYong memasak kerana adanya banyak lebihan nasi dari hari sebelumnya. CikYong buatkan nasi goreng. 

Hari ini kami bersarapan awal sedikit daripada biasa kerana CikYong bersama suami dan anak teruna kedua CikYong ingin keluar berbasikal. Oleh kerana cuaca kebelakangan ini panas, kami perlu keluar awal untuk berbasikal. Kami berbasikal ke pekan dan seterusnya menaiki bot penambang yang terletak di jeti tebing sungai. Basikal boleh dibawa bersama di dalam bot penambang yang akan membawa kami dan penunpang2 lain untuk menyeberangi sungai ke kampung yang terletak di seberang.


Setibanya di seberang, kami mengayuh sebentar melintasi kebun2 di kiri kanan jalan kecil yang dilalui. Kami tidak bercadang untuk mengayuh jauh memandangkan anak CikYong akan kepenatan. Kami pun berpatah balik dan menunggu di jeti sehingga bot penambang tiba.

Setelah sampai semula ke jeti di pinggir pekan, kami sambung mengayuh di sekitar pekan. Kami singgah sebentar di kedai makan untuk berehat dan membasahkan tekak. Kemudiannya kami bergerak mengayuh semula untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, terdapat juga yang menegur kami dan ada yang memberikan 👍 kepada kami.

Di rumah, CikYong berehat sebentar, sempat juga menjenguk pokok bunga di tepi rumah sebelum CikYong  membersihkan basikal2. Kebiasaannya, selepas berbasikal, CikYong akan bersihkan, biarkan di luar rumah sehingga kering, sebelum dibawa masuk semula ke dalam rumah.

Tengahari, CikYong hanya masak nasi putih, kobis masak lemak putih dan menggoreng ikan dan ayam sebagai juadah tengahari kami.

CikYong sambung semula lukisan CikYong. Lama lagi hendak disiapkan lukisan ini walaupun ianya tidaklah sebesar mana.. 😅.

Selepas Asar, anak2 CikYong mula membersihkan kipas2 ceiling setelah beberapa kali CikYong mengajaknya. Sedang anak2 membersihkan kipas, adik ipar (adik bongsu) dan anak2nya bersama bonda datang ke rumah. Sempatlah juga bonda duduk sambil menjamah juadah yang dibeli oleh bonda dan adik ipar dari pasar minggu. Sementara anak2 saudara dapat bermain mainan2 lama anak2 CikYong. Adik ipar dan bonda balik ke rumah mereka sebelum Maghrib. Anak saudara yang berada di rumah CikYong menumpang kereta adik ipar untuk pulang ke rumahnya.

Selepas Maghrib, CikYong ikuti rakaman kelas bahasa arab al Quran yang CikYong tertinggal sebelumnya.

Hari ke-135 perang di Palestine. Keadaan rakyat Palestine semakin terdesak. Jika CikYong berada di tempat mereka, CikYong tidak pasti samada CikYong dapat bertahan sekuat mereka insan2 yang terpilih. Melihat kesengsaraan yang dilalui oleh mereka membuatkan CikYong terfikir bahawa, untuk terpilih memasuki syurga bukanlah mudah. Teringat CikYong  akan bait2 sebuah lagu lama yang lebih kurang seperti ini, “ku tunggumu di pintu syurga”. Tidak semudah itu dengan hanya menyanyikan lirik tersebut tanpa sebarang usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beriman, kita senang2 berasa yakin kita dapat memasuki syurga. Hakikatnya, tiket memasuki syurga itu terlalu mahal, semahal mana kita dapat mempertahankan keimanan kita agar teguh, tidak tergugat oleh pelbagai ujian di akhir zaman. Ya Allah, ku memohon agar keimanan kami semua umat Islam di seluruh dunia ini diteguhkan dan tidak terpesong dari jalan yang benar dan hak. Amin amin ya rabbal alamin.


No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...