Assalamualaikum.. salam Jumaat mubarokah…
Kata-kata hikmah..
Saya melarang anda untuk membuat fikiran anda kacau dan bercelaru, hanya berpunca dari ketidaktaatan pada peraturan dan tata tertib. Supaya tidak kacau bilau makanya setiap orang mesti mempunyai jadual teratur yang disusun berdasarkan pertimbangan kenyataan dan kebiasaan harian.
(Petikan dari buku terjemahan Nabi Muhammad saw Al-Quran berjalan, rahmat bagi seluruh alam)
Hari ini, CikYong hanya duduk di rumah. Masih lagi di dalam tempoh cuti persekolahan.
Kelas bahasa arab komunikasi hari ini dibatalkan kerana ustazah berada di hospital menjaga anaknya yang sakit. Bayi ustazah menghidap sakit jantung sejak dilahirkan dimana jantungnya tidak berfungsi seperti normal. Oleh kerana itu, bayi ustazah kerap keluar masuk hospital. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ustazah. Aminn amin ya rabbal alamin.
Suami CikYong masih berulang alik ke rumah bonda untuk menyantuni bonda dan anak2 saudara yang duduk sementara di rumah bonda. Ayah mereka balik ke kampung ibu tiri mereka semenjak awal minggu hari itu. Hari ini, ayah mereka balik dari sana namun ibu tiri mereka masih berada di kampung. Setiap keluarga mempunyai cabaran masing2.
Sebelah petang, CikYong menyambung lukisan yang tidak tahu bila ianya akan disiapkan.
Hari ke-141 perang di Palestine. Di kala rakyat Palestine dibom menggunakan drone2 Israel, tenteranya pula sibuk merakam video di media sosial perihal mereka bersuka ria melakukan vandalism terhadap harta benda rakyat Palestine. Hakikatnya mereka ke medan perang hanya bertindak sebagai penghias kepada kekejaman yang dilakukan. Mereka sebenarnya tidak pun berperang dengan para mujahidin.
Oleh kerana itu, apabila mereka ditempur oleh pihak mujahidin, samada mereka akan bertempiaran lari atau mereka telah selamat dibakar oleh roket dan peluru para mujahidin. Begitulah tidak seimbangnya hakikat peperangan di Palestine ini. Hanya Allah yang dapat memenangkan umat Islam di kala jika difikirkan logik akal, pihak Isreal memiliki segala asset dan teknologi untuk memenanginya.
Ya Allah, kami memohon keampunan di atas kelalaian dan kelemahan kami. Janganlah kerana kealpaaan kami ini, menjadikan rakyat Palestine diperlakukan seteruk2 penyeksaan. Berikanlah kemenangan ke atas umat Islam dan bumi Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.


No comments:
Post a Comment