Monday, 19 February 2024

Hari ke-49 di tahun 2024

 Alhamdulillah, masih dipinjam masa agar ianya dimanfaatkan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Seawal sekitar lapan pagi, CikYong dan keluarga telah bergerak keluar dari rumah. Hari ini suami meminjam kereta adik ipar (adik bongsu) kerana suami tidak yakin dengan keadaan kereta kami. Sebenarnya kereta kami mempunyai masalah enjin. Air di dalam tabung coolant asyik berkurang, tetapi mekanik di bengkel tidak menemui puncanya.

Destinasi kami pagi ini adalah ke air terjun yang berdekatan. Ketika kami tiba di kawasan air terjun, telah ada banyak pengunjung yang telah tiba lebih awal. Di pinggir air terjun, terdapat laluan tangga untuk ke bahagian atas air terjun. Kami memilih untuk mendaki ke atas dahulu untuk melihat permandangan dari atas air terjun. Ketika kami menghampiri titi gantung yang terdapat di atas air terjun, kami bertembung dengan sekumpulan jurugambar2 yang sedang merakam air terjun dan persekitarannya. Salah seorang petugas daripada kumpulan tersebut, meminta kami menunggu sebentar daripada meneruskan pendakian ke atas. Mereka memerlukan sedikit masa untuk menerbangkan drone dan merakam persekitaran tanpa ada gangguan gambar orang termasuk ke dalam gambar dan video yang diambil. Kumpulan tersebut sedang melakukan tugas bagi pihak Agensi Perlancongan. Mereka perlu merakam tujuh buah air terjun di serata Malaysia. Hari ini merupakan air terjun yang ke enam yang akan dirakam oleh mereka. 

Menarik juga melihat penggambaran yang dilakukan. Terdapat dua jenis drone yang digunakan. Jenis pertama merupakan drone yang biasa kelajuannya, sementara sabuah lagi drone berkelajuan tinggi. Drone tersebut terbang laju menuruni air terjun yang tinggi itu dalam beberap saat sahaja.

Usai penggambaran tersebut, kami dibenarkan untuk menyambung langkah kami menuju air terjun. Melihatkan air terjun yang sangat indah dan air yang menderu turun kelihatan berwarna putih membuatkan kami singgah juga di situ. Walaupun sebenarnya terdapat papan amaran yang melarang untuk mandi di kawasan air terjun tersebut disebabkan ianya agak berbahaya. Kami memilih untuk memasuki kolam kecil yang kelihatan selamat. Anak2 dapat merasa deruan air terjun yang jatuh dengan derasnya. Terasa begitu nyaman dan segar. Setelah puas bermain air dan berendam, kami mula beredar untuk ke titi gantung pula. Di ketika, anak teruna kedua meneruni batu2 yang basah dan licin, tiba2 dia tergelincir dan terjatuh di atas batu. Sakit juga tangannya dan terdapat sedikit luka.







Di titi gantung yang merentasi air terjun memberikan satu permandangan yang indah. Di satu bahagian, dapat dilihat puncak air terjun dan aliran air terjun yang indah meneruni batu batan. Sementara di satu bahagian pula, kelihatan sayup hingga ke bawah air terjun menuruni alirannya di celah2 dan di atas batu-batan. Kedua-dua permandangan CikYong rakamkan sebagai kenangan. 

Setelah puas menikmati keindahan alam kejadian Tuhan, kami menuruni laluan ke kolam tempat mandi di kaki air terjun. Di sini terdapat ramai pengunjung yang sedang bermain dan mandi-manda di aliran air sungai yang berbatu2. CikYong dan keluarga juga turut berendam di aliran air yang turun dari celah2 batu.

Kami berada di situ sehingga tengahari. Setelah bersalin pakaian di bilik air yang disediakan, kami pun beredar dari situ. Kami menuju pula ke rumah ibu saudara CikYong yang tinggal di bandar yang berdekatan. Ibu saudara mengadakan majlis kenduri untuk menyambut Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Sambil makan dapatlah CikYong bertegur sapa dengan saudara-mara yang hadir. Masakan kampung yang disediakan sungguh menyelerakan. Setelah selesai makan dan puas bersembang dengan ibu saudara dan anak cucunya, kami meminta diri untuk pulang. Terima kasih daun keladi, ada rezeki bertemu lagi, insyaAllah.

Telah memasuki hari ke-136 perang di Palestine. Dua hari yang lepas, Briged Al Qassam menyiarkan ucapan jurucakapnya, Abu Ubaidah. Ringkasan dari ucapannya, pejuang masih lagi utuh mempertahankan bumi Palestine. Tentera pejuang amat menghargai ketabahan rakyatnya melalui kegetiran perang yang sedang dilalui.

Pada masa yang sama, di pihak musuh, mereka mengharapkan dengan tekanan demi tekanan yang dikenakan terhadap rakyat Palestine, rakyat akan bangkit menentang Hamas. Pada pendapat CikYong, perbezaan diantara pihak musuh dan rakyat Palestine adalah rakyat Palestine mempunyai Allah tempat mereka bergantung, tidak perlu bergantung kepada manusia. Sementara teori pihak musuh berdasarkan pemikiran yang tidak bertuhan. Petikan dari ucapan Abu Ubaidah:


وَلَيَنْصُرَنَّ اللّٰهُ مَنْ يَّنْصُرُهٗ


"Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya." (Al-Hajj: 40)


No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...