Seawal pukul tujuh pagi, CikYong dan keluarga telah keluar dari rumah. Hari ini dan esok, kami menjadi ‘backpackers’. Kami di hantar oleh adik ipar CikYong ke stesen keretapi. Kami menaiki ETS ke KL Sentral.
Di dalam keretapi, kami bersarapan bihun goreng yang telah suami beli sebelum kami bergerak dari kampung tadi. Setiba di KL Sentral, berpusing2 juga kami di dalam NU Sentral untuk mencari tempat makan yang sesuai. Walaupun telah bersarapan di dalam keretapi, tetapi disebabkan keadaan yang agak sejuk di dalam keretapi, membuatkan terasa untuk mencari makanan panas pula.
Akhirnya, kami jumpa juga tempat makan yang sesuai. Kami singgah makan di Nasi Kandar Kayu. Capati, roti canai, maggi goreng dan air panas dapat memenuhi selera kami. Setelah selesai makan, kami pun mula bergerak mencari tempat bas ekpress ke KLIA 1, itulah destinasi sebenar kami hari ini. Anak saudara CikYong akan menyambung belajar di Australia selama dua tahun. Setelah membeli tiket, kami tidak perlu menunggu lama sebelum menaiki bas.
Perjalanan ke KLIA 1 mengambil masa kira2 sejam sepuluh minit. Setibanya di terminal, kami terus mencari tempat solat Jumaat. Menurut maklumat yang di’google’, terdapat ruang solat Jumaat disediakan di KLIA. Setelah suami dan anak2 pergi ke ruang solat tersebut, yg terletak di bumbung bangunan tempat letak kereta blok B, CikYong pula bergerak ke tingkat perlepasan.
Di sana, CikYong berjumpa dengan kakak CikYong dan anak2nya. Anak kedua kakak CikYong yang akan berlepas ke Austalia. Kakak dan anak saudara CikYong meneruskan urusan berkaitan ‘check-in’. Di ketika kami menunggu di ruang tersebut, terdapat juga keluarga pelajar2 lain turut menghantar. Dari apa yang CikYong faham, terdapat dalam lebih kurang dua puluh orang pelajar tajaan Mara yang akan bersama-sama berlepas ke Australia pada hari ini. Terdapat juga sesi bergambar bersama dengan wakil dari Politeknik tempat anak saudara CikYong belajar sebelum ini.
Setelah anak saudara masuk ke gate perlepasan, kami pergi ke anjung tinjau untuk melihat2 sebentar keadaan persekitaran tempat kapal terbang berhenti.
Setelah itu, kami menyusul pula ke tempat makan di tingkat dua. Agak penuh juga di tempat makan, akhirnya kami berjaya mendapatkan tempat duduk yang selesa. Ada yang makan nasi campur dan ada tang makan nasi ayam.
Usai makan, kami pergi ke ruang solat Jumaat untuk solat asar dijamakkan zohor. Walaupun ruang tersebut terbuka, namun terdapat juga ruang khas sebuah bilik di tengah2 ruang terbuka itu, disediakan untuk muslimat.
Setelah selesai bersolat, CikYong dan keluarga menumpang kereta kakak untuk ke rumah adik CikYong. Oleh kerana kakak dan keluarga datang dengan dia kereta maka cukup tempat untuk kami berempat menumpang.
Kami tiba di rumah adik ketika hampir waktu Maghrib. Selepas solat, anak2 CikYong dan sepupu mereka, iaitu anak2 kakak turun ke kolam renang. Sebenarnya itulah tujuan asal anak2 saudara hendak ke rumah Mak Su mereka, iaitu adik bongsu CikYong. Seronok sungguh mereka bermain di kolam. Alhamdulillah ada juga rezeki mereka walaupun pada awalnya kami tidak pasti samada kolam tersebut di buka pada waktu malam.
Setelah puas bermandi manda selama sejam, mereka pun naik ke rumah. Setelah semuanya selesai mandi, adik CikYong mengajak untuk keluar makan malam. Kira2 lewat juga kami makan malam. Adik belanja kami semua makan di kedai tomyam. Walaupun ada yang sudah mengantuk, Alhamdulillah semuanya dapat menghabiskan makanan yang terhidang.
Kami tiba di rumah selepas balik dari makan di sekitar tengah malam. Lewat juga CikYong tidur, masih sempat bersembang2 dengan kakak dan anak saudara sebelum CikYong tidur.
Hari ke-127 perang di Palestine. Masih tiada tanda-tanda perang ini akan berakhir. Perdana Menteri Israel menolak syarat-syarat perjanjian yang diutarakan oleh Hamas. Malah Netanyahu dengan angkuhnya, menyatakan Israel akan meneruskan perang sehingga kemenangan di capai. Ya Allah, bantulah kami Ya Allah, hanya kepada Engkau tempat kami berserah. Amin amin ya rabbal alamin.

No comments:
Post a Comment