Thursday, 1 February 2024

Hari ke-31 di tahun 2024

 Hari terakhir di bulan Januari. Pagi ini CikYong agak sibuk. CikYong menyediakan bekal untuk anak teruna sulong. Hari ini anak bawa bekal nasi, lauk ayam goreng tepung, lemak kuning udang (hanya kuah tanpa udang) dan sayur tumis kobis. Selesai masak, CikYong sambung pula membuat cheesetart. Sekolah petang anak teruna kedua akan diadakan jamuan akhir tahun untuk kelas dan pengawas secara potluck. CikYong bawakan dua kotak cheesetart.

Sebelah petang, CikYong isikan masa CikYong dengan menyambung lukisan, mewarna awan. Namun suami bertanya adalah ia salji atau laut? Nampaknya CikYong perlu baiki lukisan awan. Selepas Asar, CikYong siapkan kerja rumah Bahasa Arab untuk kelas esok dan hari Jumaat nanti.

Sebelum tidur. sempat CikYong ikuti rakaman pengajian hadis arbain an nawawi. Alhamdulillah.

Hari ke-118 perang di Palestine. Diberitakan ditemui mayat-mayat tertimbus di bawah timbunan runtuhan di dalam plastik biru, terdapat tag di tangan yang diikat dan mata ditutup dengan kain.

Video ucapan dari Abu Hamzah bertarikh 30 Januari 2024. Di dalam video menyatakan hari yg ke 116. CikYong tersilap rupanya kiraan hari, yang betul adalah hari ini merupakan hari ke-117. Menurut ucapan beliau, para pejuang menguasai peperangan di medan perang.

Dikatakan juga rundingan diantara Israel dan Hamas sedang di dalam proses, rundingan diterajui oleh Qatar, Mesir dan agen risikan Israel dan Amerika.



No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...