Thursday, 15 February 2024

Hari ke-45 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari ke-45…

Hari ini anak teruna kedua CikYong menyertai Kem Anak Soleh yang diadakan di sekolah agamanya. Ianya adalah program berbayar yang dikendalikan oleh team motivator. Semalam anak CikYong berkongsi rasa dikatanya menyesal pula dia berdaftar untuk program tersebut. Mungkin dia berasa serba salah kerana abangnya dan abang sepupunya ada di rumah dan mereka dapat bermain game sementara dia pula perlu menghadiri kem.

Namun harus CikYong puji atas keputusannya untuk tetap menghadiri kem tersebut yang berlangsung dari pagi hingga ke petang. Tahniah buat anak CikYong, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk membuat keputusan. CikYong telah anggap objektif tercapai walaupun belum pasti lagi samada anak CikYong akan mempelajari sesuatu dari pengisian kem tersebut.

Sementara itu, abang dan abang sepupunya hanya mengisi masa dengan gajet seharian.

CikYong menghantar lukisan2 CikYong kepada guru lukisan CikYong di perpustakaan. Guru lukisan CikYong juga merupakan perpustakawan di perpustakaan awam di tempat tinggal CikYong. Mengikut perancangannya, lukisan2 CikYong akan dipamerkan di perpustakaan untuk tempoh dua minggu. Cumanya CikYong tidak pasti bila pameran tersebut akan bermula.

Dalam perjalanan pulang, CikYong dan suami singgah sebentar di pasar dan kedai makan untuk membeli lauk makan tengahari. Balik dari pekan, CikYong hanya menyediakan nasi putih dan ayam goreng sahaja. Sayur suhun lemak putih dan sup kosong telah dibeli di kedai makan.

Cuaca kebelakangan ini sangat panas. Di dalam berita di katakan cuaca panas ini akan berlarutan sehingga ke akhir bulan Mac. Semoga Allah permudahkan segala urusan di dalam keadaan cuaca begini. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari ke-132 perang di Palestine. Semakin banyak gambar2 mangsa pembunuhan beramai-ramai di kongsikan di media sosial agar lebih ramai yang peka dengan keadaan sebenar di Palestine di ketika ini. Melihat nyawa seolah begitu murah dan tidak berharga di mata manusia perosak dunia. Mayat mangsa pengeboman yang berkecai, kelihatan cebisan2 daging manusia, anggota yang terputus, merah darah meliputi wajah2 yang cedera, merupakan sebahagian permandangan yang menyayat hati. Sebuah photo yang memaparkan mayat seorang kanak2 tergantung dari runtuhan batu rumah yang telah dibom, dimana hanya separuh kakinya yang tinggal sementara separuh lagi telah telah hancur. Bagaimana adanya manusia yang tiada perasaan melakukan segala kekejaman ini.




Namun, sebagai seorang muslim, CikYong beriman kepada Allah dan hari akhirat. Balasan kepada pelaku yang kejam ini pasti teramat perit di akhirat nanti. Allah yang Maha Menghakimi dan Adil. Segala kesengsaraan rakyat Palestine pasti diganjari dengan nikmat yang paling tinggi. Semoga Allah kurniakan syurga tertinggi buat semua syuhada’. Amin amin ya rabbal alamin.


No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...