Saturday, 3 February 2024

NILAM: Sir Richard Olaf Winstedt Orientalis atau Sarjana

 


Buku berjudul Sir Richard Olaf Winstedt Orientalis atau Sarjana. Terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Cetakan Ketiga 2021. Penulis Mohd Zamberi Abdul Malek. 248 mukasurat.

Buku ini adalah di dalam kategori buku ilmiah. R.O. Winstedt merupakan pegawai British yang di hantar bertugas ke Tanah Malaya di zaman penjajahan British. Dari segi sumbangan beliau terhadap kajian persuratan Bahasa Melayu, beliau merupakan pelopor yang mengumpul dan membukukan kisah2 penglipur lara. Beliau juga turut membina kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Di samping itu beliau juga menulis perihal sejarah Melayu dan beratus2 lagi makalah perihal bangsa dan bahasa Melayu. Bahan2 penulisan beliau menjadi bahan rujukan bagi pengkaji kesusasteraan Bahasa Melayu sehingga kini.

Namun, terdapat juga pengkritik2 yang mengkritik penulisan beliau. Mereka yang memperkatakan perihal  penulisan beliau dipengaruhi oleh cara pemikiran beliau yang bercorak orientalis. Corak pemikiran yang dibentuk oleh sistem pendidikan di negara asal iaitu kerajaan British membuatkan beliau menganggap beliau tergolong di dalam bangsa yang paling hebat. Pada masa yang sama memandang orang Melayu sebagai masyarakat yang tidak bertamadun. Oleh kerana itu, terdapat pengkritik yang tidak setuju dengan fakta yang dinyatakannya di dalam penulisannya.

CikYong berpendapat buku ini baik untuk membuka mata kita terhadap sikap pegawai British dan pada masa yang sama masih menghargai usaha bersungguh-sungguh oleh R.O.Winstedt menulis dan membukukan perihal bangsa Melayu.


No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...