Wednesday, 28 February 2024

Hari ke-57 di tahun 2024

 Alhamdulillah syukur untuk hari yang masih muncul dengan izin Allah.

Pagi ini. CikYong dan keluarga berada di rumah adik ipar CikYong (adik no.2) yang terletak di bandar di pinggir ibukota. Seawal lapan pagi, kami telah keluar rumah. CikYong dan keluarga serta dua orang anak saudara turut serta. Sebenarnya destinasi kami hari ini tidaklah berapa jauh. Namun disebabkan seperti kebiasaannya, kesesakan jalanraya di ibukota dan pinggirannya, maka kami merancang waktu perjalanan.

Kami berhenti sebentar untuk bersarapan di gerai makan setelah melepasi kawasan kesesakan jalanraya. Kami berjaya tiba di destinasi pada waktu yang ditetapkan. Oleh kerana aktiviti hari ini merupakan aktiviti outdoor di dalam hutan, maka jalan menuju ke tempat rekreasi tersebut merupakan jalan kampung memasuki hutan.

Hari ini, anak2 CikYong dan kedua orang sepupu mereka akan melakukan aktiviti flying fox dan beberapa halangan yang perlu diharungi. Terdapat sekitar empat belas kali flying fox, halangan pergayut melalui monkey bar, menapak di titi, titi tali hug tube dan fish bone. Walaupun pada mulanya suami CikYong agak keberatan membenarkan anak2 mencuba aktiviti tersebut, namun disebabkan adanya kakak sepupu mereka yang turut serta, maka kerisauannya berkurangam sedikit. Kakak sepupu mereka (anak saudara) pernah mencuba aktiviti yang sama tetapi di tempat yang lain.



Sebelum bermula, semua peserta diberikan tunjuk ajar cara2 menggunakan clip2 yang perlu disangkutkan pada tali pada sepanjang aktiviti tersebut. Peserta juga perlu mencuba flying fox yang rendah terlebih dahulu.

Di tapak permulaan, peserta perlu mendaki tangga menuju ke pelantar yang terletak di bahagian atas betang pokok. Perjalanan diteruskan dengan bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain menggunakan flying fox. Adalah penting untuk setiap peserta mengikut setiap langkah2 yang telah ditunjukkan oleh petugas semasa sesi tunjuk ajar tersebut. Ianya merupakan langkah2 keselamatan agar aktiviti tersebut dapat dilakukan di dalam keadaan selamat.

Halangan2 yang disediakan juga agak mencabar. Alhamdulillah semuanya dapat melintasinya dengan jayanya. Selain daripada kumpulan anak2 dan anak2 saudara CikYong, terdapat juga kumpulan lain yang turut serta semasa sesi pagi tersebut. Terdapat sekumpulan tiga orang remaja perempuan, sepasang remaja lelaki dan perempuan, sepasang orang dewasa (kemungkinga suami isteri) dan satu keluarga terdiri daripada empat orang dewasa dan dua orang kanak2 lelaki dan perempuan.

CikYong berasa kagum juga dengan ibu bapa yang berani membawa anak2 mereka untuk turut serta di dalam aktiviti tersebut. Keseluruhan aktiviti mengambil masa sekitar dua jam untuk diselesaikan. Alhamdulillah semuanya berjaya melengkapkan aktiviti tersebut.

Usai aktiviti flying fox, kami sempat juga merendam kaki di sungai berbatu yang terletak berhampiran dengan tapak aktiviti tersebut. Sejuk sungguh air di sungai tersebut. Ianya merupakan kawasan rekreasi di bawah seliaan jabatan perlancungan negeri. Terdapat ramai juga pengungung yang berkelah dan berkhemah di kawasan sekitar sungai tersebut.

Setelah puas berendam dan bersolat di surau yang disediakan, kami pun mula bergerak pulang. Di dalam perjalanan, kami singgah di sebuah kedai makan untuk mengisi perut yang telah terasa lapar.

Setelah tiba di rumah adik ipar, kami mengemas pula beg2 pakaian kami lalu di masukkan ke dalam kereta. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada anak2 saudara, kami pun mula bergerak pula ke rumah adik CikYong. Oleh kerana kami perlu menempuh kesesakan jalanraya di ibu kota, kami tiba di rumah adik CikYong di ketika waktu Maghrib telah pun masuk. Malam itu kami bermalam di rumah adik CikYong sebelum kami bertolak pulang ke kampung pada keesokan harinya.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-144.

Keangkuhan Isreal semakin bertambah. Amerika telah menggunakan kuasa vetonya untuk kali ke-tiga di sepanjang perang di Palestine semenjak 7hb Oktober. Ianya menghalang UN untuk mengeluarkan perintah genjatan senjata terhadap perang di Palestine. Telah terang lagi bersuluh, akan sokongan tidak berbelah bagi Amerika terhadap negara pengganas Isreal. Isreal seumpama berada di atas undang2. Tiada undang2 dunia yang boleh dikenakan terhadap kekejaman Isreal. Oleh kereta itu, Isreal bermaharajalela menghancurkan Palestine sementara dunia hanya diam dan melihat sahaja. Ya Allah hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Tolonglah kami Ya Allah.


No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...