Tuesday, 6 February 2024

Hari ke-36 di tahun 2024

 Hari ini kedua2 anak CikYong tidak ke sekolah kebangsaan dan menengah. Anak teruna sulong tidak ke sekolah kerana demam dan selsema. Walaupun sebenarnya boleh sahaja dia pergi ke sekolah namun di tambah dengan adanya sesi pembentangan hari ini, dia lebih berat untuk tidak hadir. Hasil perbincangan dengan rakan partnernya, maka kawannya perlu melakukan pembentangan sementara dia disediakan bahan untuk pembentangan. Pada sebelah petang, CikYong bawakan anak CikYong ke klinik kesihatan untuk mengambil sijil cuti sakit.

Anak teruna kedua CikYong pula mempunyai temujanji susulan dengan doktor pakar ENT pada sebelah pagi. Oleh kerana itu, dia juga tidak hadir ke sekolah. Suami CikYong yang menemaninya ke hospital. Pada sebelah petang, anak CikYong pergi ke sekolah agama seperti biasa. Hari ini merupakan hari ibubapa datang berjumpa guru kelas untuk mengambil keputusan peperiksaan anak masing2. Selesai pertemuan dengan guru kelas, ibubapa boleh membawa pulang anak2. Anak CikYong dapat pulang awal dari sekolah agamanya.

CikYong ikuti rakaman kelas bahasa al quran melalui kata dasar. Ia merupakan kelas pertama untuk sesi kedua, iaitu sesi ulangkaji buat CikYong.

CikYong juga menyambung bacaan buku travelog. Hari ini CikYong tidak melukis, CikYong masih memikirkan samada hendak membaiki lukisan atau terima saja seadanya.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-123. Terdapat dua insiden yang menyentuh hati CikYong. Yang pertama, terdapat satu paparan yang berkongsi video suatu podcast, di mana host podcast tersebut sedang berbicara secara dalam talian dengan seorang penontonnya. Penonton itu merupakan seorang bekas  tentera IDF. Di dalam temubual tersebut, bekas tentera tersebut menyatakan kekesalannya di atas apa yang telah dilakukannya terhadap orang Palestine semasa dia bertugas sebagai tentera IDF. Dia menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam. Namun dia turut menyatakan kegusaran akan penerimaan rakan2nya. Dia juga mengatakan agak sukar untuk dia pergi ke masjid agar dia memeluk agama Islam di sana. Apa yang lebih menarik adalah, host tersebut menerangkan kepada bekas tentera itu bahawa dia tidak perlu ke masjid untuk mengucap dua kalimah syahadah. Malah dia boleh sahaja melakukannya di ketika itu iaitu di dalam temubual tersebut. Dan Alhamdulillah, host tersebut terus mengajak bekas tentera itu bersyahadah dan dia terus bersetuju. Alhamdulillah tergambar kerahmatan Allah untuk menberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. 


Kisah kedua pula terdapat gambar yang dikatakan dikongsi oleh seorang tentera IDF. Namun dikatakan juga paparan tersebut telah dipadamkan selepas itu. Di dalam gambar itu, mungkin tujuan asalnya untuk menghina orang Palestine dimana ia memaparkan seorang pemuda Palestine telah ditelanjangkan kecuali seluar dalam. Beliau duduk di atas kerusi dengan tangannya di ikat di belakangnya. Di hadapannya berdiri seorang tentera IDF sambil memegang senjata. Kelihatan pemuda itu telah didera yang jelas terdapat di anggota badannya. Walaupun dalam keadaan tersebut, namun dapat dilihat, pemuda itu mempunyai ketabahan dan kekuatan mental yang tinggi. Kelihatan pemuda tersebut duduk tegak berdiri memandang tepat kepada wajah tentera IDF. Tidak ada sekilas ketakutan pun di terpancar di wajah pemuda Palestine tersebut. Maha Suci Allah yang menberi kekuatan kepada pemuda Palestine tersebut.



No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...