Alhamdulillah.. di pagi yang masih lagi muncul dan nyawa yang dipinjamkan..
Pagi ini CikYong bersolat subuh di masjid kerana CikYong menemani anak2 ke masjid. Suami CikYong bermalam rumah bonda, oleh kerana itu beliau tidak dapat membawa anak2 ke masjid.
Selepas bersarapan pagi, anak2 pergi ke rumah bonda sebentar untuk membantu suami CikYong mencuci karpet. Semasa anak2 CikYong tidur di rumah bonda dua hari lepas, anak teruna kedua CikYong kurang sihat sedikit. Dia termuntah di atas karpet di bilik sebelum sempat ke bilik air.
Oleh kerana suami perlu membelikan lauk pauk untuk bonda dan anak2 saudara di rumah bonda, maka CikYong dan anak2 turut ke rumah bonda untuk makan tengahari bersama2 dengan yang lainnya.
Sebelum ke rumah bonda, CikYong pergi ke perpustakaan untuk memulangkan dan meminjam buku.
Sebelah petang CikYong dapat sambung semula lukisan CikYong.
CikYong mula mengikuti kelas membaca teks bahasa arab setiap malam Jumaat selama dua jam.
Malam ini suami dan anak2 tidur di rumah bonda.
Hari ke-140 perang di Palestine. Terdapat suatu kisah menarik yang CikYong baca di media sosial. Kisah seorang Haji yang merupakan peniaga buah oren di tepi sebuah jalan yang sibuk di Mesir. Tersebar video perihal Haji tersebut sedang membaling buah2 oren yang dijualnya, ke atas lori yang melalui berdekatan tempat beliau berniaga. Lori tersebut merupakan lori truck yang sedang membawa barang muatan bantuan ke Palestine. Beliau berbuat demikian dengan harapan agar buah2 tersebut akan dapat diberikan kepada rakyat Palestine yang sedang kebuluran di bumi Palestine.
Ceritanya semakin menarik apabila video tersebut menjadi tular dan seorang hamba Allah yang pemurah telah berkongsi rezeki dengan memberikan kepada Haji tersebut sebuah kedai untuk beliau berniaga. Tambahan daripada itu, Haji itu diberikan tajaan untuk pergi ke Mekah untuk berumrah. Terdapat juga catatan daripada netizen, bahawa buah2 tersebut telah selamat diterima oleh rakyat Palestine.
Alhamdulillah kisah ini memberi inspirasi kepada CikYong untuk terus melakukan apa sahaja kebaikan dan walau sekecil mana pun ia. Sesungguhnya Allah akan membantu menyampaikannya, yang penting adalah usaha kita. Kita mesti bertindak dengan niat yang betul. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment