Wednesday, 14 February 2024

Cuti-cuti Malaysia di Perlis (Bhgn II)

 Destinasi cuti2 hari pertama di Perlis diteruskan ke Wang Kelian. Wang Kelian merupakan bukit yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan ke Wang Kelian berbengkak-bengkok dan mendaki yang mengambil masa kira2 setengah jam pendakian menggunakan kereta.

Tiba di destinasi, kelihatan dataran yang telah dibina untuk dijadikan tempat meninjau para pengunjung. Untuk menaiki dari tapak tempat kereta ke dataran, terdapat perkhidmatan buggy berbayar. Dapatlah kami menaiki sebuah buggy untuk memuatkan untuk semua ahli keluarga.

 Permandangan saujana mata memandang. Angin yang bertuip juga terasa sungguh menyegarkan. Agak lama juga kami berada di dataran tersebut, daripada cuaca panas bawa ke hujan dan kemudiannya hujan berhenti, masih lagi kami berada di situ. Puas kami bergambar pelbagai aksi di pelbagai ruang yang ada.




Setelah turun dari Wang Kelian, kami bergerak ke Padang Besar. Setiba di sana, kami hanya sempat meninjau serba sedikit kedai2 arked yang terletak di dalam bangunan. Semptlah juga kami membeli sedikit kudap2an. Bapa saudara anak2 belikan seluar sukan dan tshirt mereka. Namun selepas itu kami perlu segera bergerak meninggalkan Padang Besar untuk pergi ke masjid. Oleh kerana hari tersebut merupakan hari Jumaat, maka kami perlu mencari masjid yang berdekatan untuk kaum lelaki bersolat Jumaat. 

Terdapat sedikit kekeliruan semasa kami berada di dalam tempat membeli belah di Padang Besar tersebut. Oleh kerana kami mengejar masa untuk ke masjid, bapa saudara anak CikYong melihat jamnya dan memaklumkan kami perlu beredar kerana ada sejam sahaja lagi sebelum masuk waktu Zohor. Namun menurut anak2nya, yang melihat jam di telefon bimbit mereka, masih ada lagi dua jam sebelum waktu zohor. Kami semua terkeliru sebentar sehingga salah seorang daripadanya anaknya tersedar bahawa jam di telefon mereka menunjukkan waktu di Thailand. Oleh kerana itu jam analog ayah merekalah yang betul dan masih menunjukkan waktu Malaysia.

Kami kemudiannya singgah di masjid yang berdekatan. Kami tiba sebelum masuk waktu Zohor. Kami kaum Hawa hanya menunggu di dalam kereta sementara kaum Adam menjalankan tanggungjawab mereka menunaikan solat Jumaat.

Setelah selesai solat Jumaat, kami bergerak pula ke Gua Kelam. Kami mengambil kesempatan untuk memasuki Gua Kelam yang mempunyai pelantar tersedia untuk pengunjung berjalan di dalamnya. Bonda juga turut serta memasukinya cuma bonda hanya sampai separuh jalan sebelum berpatah balik. Penat juga bonda hendak berjalan di pelantar yang berjarak sekitar 370m. Di sepanjang laluan, boleh dilihat formasi unik dinding gua batu kapur dengan adanya lampu2 yang diletakkan di dinding2 batu kapur tersebut. Kedengaran juga air uang mengalir di sungai yang terletak di bawah pelantar laluan tersebut. 

Sebenarnya, terdapat laluan kedua di gua tersebut, yang lebih panjang dan lebih mencabar. Bayarannya juga lebih mahal dan perlu mengupah pemandu arah. Memandangkan bonda pasti tidak dapat turut serta, kami memadai sahaja dengan laluan 1 tersebut.

Selesai di Gua Kelam, kami menghala pula ke Kuala Perlis untuk pergi ke kedai makan ikan bakar. Alhamdulillah setelah seharian berjalan, dan hari kuga telah menjelang petang, hidangan yang disajikan sungguh menyelerakan. CikYong dan kaum Hawa dapat menunaikan solat qasar di surau yang disediakan. Suraunya juga begitu selesa dan cantik. Selesai mengisi perut, waktupub telah hampir menjelang senja. Kedudukan kedai yang terletak di tepi sungai turut memaparkan pemandangan tepian sungai yang menarik.





Kami tiba semula di rumah inap ketika hampir Maghrib. Malam itu CikYong mengambil kesempatan untuk berehat awal setelah seharian berjalan2. 

No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...