Assalamualaikum pagi yang dirahmati.
Hari ke-147 perang di Palestine. Ya Allah kurniakanlah kekuatan buat kami umat Islam dalam menghadapi kemelut mengekalkan keimanan. Dalam pada masa yang sama, kami menghadapi umat Islam yang bercakaran sesama sendiri. Dalam usaha ingin membantu saudara seagama di Palestine, umat Islam masih lagi salah menyalah di antara satu sama lain. Di kala umat Islam perlu memerangi usaha2 musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam, umat Islam masih bertelagah. Ya Allah, kepadaMu lah kami memohon pertolongan, berikanlah taufiq dan hidayah buat kami yang ingin berjuang di atas jalanMu yang benar dan lurus ini. Amin amin ya rabbal alamin.
CikYong mulakan catatan hari ini dengan isu Palestine. CikYong berasa begitu sedih akan hakikat kemandirian umat Islam di masa kini.
Pagi ini CikYong menggoreng bihun tomyam. Semua bahan adalah lebihan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk. Sementara untuk anak2 dan suami, suami belikan nasi lemak untuk sarapan pagi.
Setelah sarapan, suami CikYong membawa anak teruna sulong ke sekolahnya untuk membeli buku tulis dan buku aktiviti. Tinggal seminggu sahaja lagi cuti sekolah sebelum sesi baru persekolahan bermula. Setelah balik dari sekolah, anak2 CikYong membantu ayahnya memindahkan barang2 dari rumah sewa sebelah ke rumah CikYong. Rumah sewa tersebut perlu di kosongkan di dalam masa dua hari yang akan datang ini sebelum penyewa baru memasukinya.
Pagi ini CikYong menghadiri kelas bahasa arab bersama ustazah secara dalam talian. Semalam CikYong terlupa untuk menghadiri kelas bahasa arab ulangkaji.
Hari ini CikYong tidak memasak untuk tengahari kerana anak2 CikYong ingin makan di restoran makanan segera. Kami keluar dan makan di sana.
CikYong menyambung menelaah dua sesi rakaman Qurantine.



No comments:
Post a Comment