Thursday, 7 March 2024

Hari ke-66 di tahun 2024

 Alhamdulillah pagi yang dingin disebabkan hujan lebat malam semalamnya. Bersyukur diatas nikmat matahari, siang dan malam, air yang turun dari langit. Semuanya itu merupakan makhluk Allah yang tidak pernah sekali2 mengingkari perintah Allah. Berbeza pula dengan manusia yang diciptakan dengan keupayaan membuat pilihan. Disebabkan itulah juga, setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hari perhitungan atas setiap pilihan dan tindakan yang dilakukan semasa di dunia ini.

CikYong dan keluarga bersarapan pagi dengan roti canai dan capati. Usai sarapan, CikYong dan anak2 menyambung lagi memilih dan mengasingkan antara buku2 sekolah lama yang hendak dibuang atau perlu dilupuskan. Buku2 yang mengandungi ayat2 al-Quran atau nama2 Allah perlu diasingkan untuk dilupuskan. Buku yang selainnya, akan di letakkan di tempat kitar semula.

Di tengahari, CikYong hanya memasak nasi dan menggoreng ayam tepung dan ikan. Alhamdulillah rezeki hari ini, mak saudara yang tinggal berjiran dengan CikYong memberi pecal buat juadah tengahari. Lebih sup ekor dua hari lepas, CikYong panaskan untuk dijadikan kuah untuk dimakan bersama nasi dan lauk hari ini.

Hari ini, CikYong kongsikan projek Ramadhan kepada beberapa rakan rapat CikYong. Alhamdulillah salah seorang rakan turut menyumbang dana untuk projek tersebut.

Sebelah petang, CikYong dan suami ke pekan untuk muls membeli barang keperluan untuk projek Ramadhan. Alhamdulillah, CikYong dapat membeli buah tamar secara borong.

Pada sebelah malam, CikYong telah mulakan membungkus buah tamar ke dalam plastik2 kecil. Agak lewat juga dari kebiasaan CikYong masuk tidur. Namun CikYong tangguhkan pembungkusan ke hari yang seterusnya.

Hari ke-153 perang di Palestine. Keutuhan iman rakyat Palestine sentiasa menjadi rujukan buat CikYong. CikYong terasa begitu jauh lagi perjalanan membina keimanan ini jika dibanding dengan mereka di bumi Palestine. Ujian yang begitu besar buat mereka menjadikan mereka kembali lebih dekat kepada Allah. Begitulah sepatutnya yang kita lakukan. Setiap ujian yang ditimpakan kepada kita, adalah bertujuan agar kita lebih dekat kepada Allah.



 


No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...