Alhamdulillah di atas diri yang masih boleh bernafas seperti hari2 sebelumnya.
Hari ini merupakan hari ke-8 Ramadhan bersamaan 19hb Mac, hari Rabu.
Sahur kami merupakan nasi putih, ayam goreng tepung, telur dadar dan lempeng telur gulung. Sementara itu, CikYong juga panaskan ayam golek yang ada berbaki sedikit, kuah lemak kuning dan nasi goreng.
Sebelah pagi, CikYong menyambung membaiki beg sekolah anak teruna kedua yang tertangguh malam semalam. Selepas selesai, CikYong meneruskan memasak puding koktail untuk projek Ramadhan.
CikYong sempat mengikuti secara langsung pengajian hadis 40 An nawawi syarah kitab Al Wafi yang di adakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.45pagi. CikYong juga menonton progam tadabur Surah Al Jumuah oleh NAK di platform youtube.
Cuaca panas hari inu membuatkan CikYong terasa begitu berbahang di dalam rumah.
Hari ini CikYong dan keluarga berbuka puasa di rumah sahaja. Anak2 ingin berbuka dengan mee segera. CikYong hanya menggoreng ikan dan menumis kobis panjang sementara suami membeli tomyam seafood dan ayam goreng. Anak teruna sulong pula memasak nasi. Sambil kami sekeluarga makan berbuka puasa, suami tolong memasakkan mee segera.
Rupa2nya hari ini adalah tarikh hari lahir suami CikYong. CikYong betul2 terlupa xde z zzzz XD Cg suami sendiri yang memberitahu CikYong dan anak2
Pada hari ke-165 perang di Palestine, Isreal semakin banyak mengebom dan memusnahkan Gaza. Begitu juga keadaan di Tebing Barat, seperti di Jenin, Nablus, Jericho. Isreal juga bercadang membenarkan penduduk haram Isreal menyerbu Masjid Al Aqsa pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Pada masa yang sama, mengadakan pelbagai sekatan untuk menghalang umat Islam dari memasuki Masjid Al Aqsa.
CikYong begitu terkesan apabila menonton video terakhir seorang syuhada Palestine yang merupakan seorang pemain bola terkenal di Palestine. Beliau telah terkorban apabila rumahnya di bom oleh Isreal di Khan Yunis selatan Gaza. Di dalam video tersebut, kelihatan beliau begitu tenang sambil mengucapkan ayat2 Al Quran.










No comments:
Post a Comment