Friday, 8 March 2024

Hari ke-67 di tahun 2024

 Setiap hari dimulai dengan ucapan Alhamdulillah. Satu kalimah yang mudah disebut namun besar ganjarannya.

Sarapan pagi CikYong merupakan nasi goreng dari lebihan nasi dari hari sebelumnya. Sementara anak2 dibelikan nasi lemak. Usai sarapan, seperti hari semalam, CikYong dan anak2 menyambung kerja2 mengasingkan buku2 sekolah lama. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat selesaikan kesemuanya.

Kelas bahasa arab bersama ustazah secara maya diadakan seperti biasa. Hari ini, semua rakan2 kelas dapat menghadirkan diri. Alhamdulillah.

Untuk tengahari, CikYong hanya panaskan sup ayam yang masih ada berbaki dan di simpan di dalam peti sejuk. CikYong hanya memasak nasi dan menggoreng ayam tepung.

Sebelah petang, CikYong menyambung membungkus buah tamar cukup untuk keperluan tujuh hari projek Ramadhan. Namun, selepas CikYong terbaca panduan menyimpanan buah tamar yang tertulis di sebelah bawah kotak, CikYong perlu menangguhkan pembungkusan. Mengikut panduan tersebut, buah tamar perlu dihabiskan dalam masa tiga hari setelah plastik pembungkusannya dibuka. Nampaknya CikYong hanya akan membungkus tamar pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan nanti. Serba sedikit persediaan untuk projek Ramadhan telah CikYong seidakan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Hari ke-154 perang di Palestine. Rakyat Palestine terutamanya di utara Gaza semakin kebuluran. Amerika yang di katakan menghantar bantuan makanan secara airdrop hanya sebanyak separuh dari kapasiti trak bantuan kemanusiaan. Dan dikatakan juga, makanan yang dihantar ada yang telah luput tarikh. Sementara itu, trak bantuan kemanusiaan oleh PBB di halang oleh tentera IDF untuk samapai ke utara Gaza. Ya Allah, kami memohon bantuan hanya dariMu ya Allah untuk menganugerahkan kekuatan buat saudara seislam di utara Gaza yang teguh mempertahankan tanahair mereka. Amin amin ya rabbal alamin. 






No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...