Thursday, 14 March 2024

Hari ke-73 di tahun 2024

 Alhamdulillah untuk hari ke-2 Ramadhan. Seawal pukul 3 pagi CikYong bangun pagi. Untuk sahur, CikYong sediakan nasi goreng dan lempeng telur gulung. Anak2 agak kurang berselera makan sahur. Kebiasaan setiap tahun di waktu sahur.

Selepas subuh, CikYong mengikuti pengajian Hadith 40 An Nawaw, syarah dari kitab Al Wafi. Pengajian secara atas talian ini disampaikan oleh Timbalan Mufti Perak, Dato’ Ustaz Zamri Hashim. 

Usai kuliah, CikYong mula masuk ke dapur. CikYong menyediakan mufin dan congo bar untuk pek kuih hari ke-2 Ramadhan ini. Sambil membuat kuih, CikYong ikuti kuliah Surah Jumuah sebanyak tiga siri melalui saluran di youtube. Kuliah disampaikan oleh NAK. Setelah siap memasak kuih, CikYong ingin mengikuti kelas bahasa arab. Namun apabila CikYong menyemak link untuk goggle meet, barulah CikYong terperasan rupa2nya kelas hari ini bermula pada pukul 9 pagi dan bukannya 10.30 pagi. CikYong terponteng kelas secara tidak sengaja. 😅

Sebelah petang, selepas pulang dari sekolah, anak2 kelihatan begitu penat berpuasa. Tambahan pula cuaca dua tiga hari ini, begitu panas. Selesai tilawah Al Quran, CikYong menyambung mengikuti kelas Hadith Arbain An Nawawi yang tertinggal bermula dari siri ke-9 dan seterusnya. Untuk hari ini, CikYong hanya sempat mengikuti separuh daripada siri ke-10. 

Selepas itu, CikYong mula menyediakan pek2 kuih. Selepas asar, CikYong ditemani oleh suami, menghantar pek2 kuih ke hospital. CikYong hanya perlu menyerahkan pek kuih kepada staff nurse yang bertugas on call di bilik pertugas on call.

Dalam pukul 7 petang, kami sekeluarga pergi ke masjid untuk berbuka puasa bersama jemaah yang lain. Hari ini, bilangan yang hadir kurang daripada semalam, iaitu hari pertama. Juadah hari ini merupakan nasi putih, ayam goreng crunchy, gulai daging dan sayur campur. Terdapat juga tamar, buah orem dan agar2 merah. Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan.

Selepas solat maghrib berjemaah di masjid, kami pulang ke rumah. Suami dan anak2 berehat sebentar sebelah sebelum pergi semula ke masjid untuk solat Isya’ dan solat Terawih. Sementara CikYong bersolat di rumah sahaja. Semoga anak2 dapat istiqamah solat Terawih hingga ke akhir Ramadhan. Dan juga istiqamah solat berjemaah di masjid untuk hari2 mendatang. InsyaAllah. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari ke-159 perang di Palestine. Isreal masih lagi mengebom dan menyerang rakyat Palestine. Mengebom rakyat Palestine yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan. Nethanyahu di ketika berucap di AIIPAC menyatakan Isreal akan memasuki Rafah, jika tidak mereka akan kalah. Sesungguhnya ketentuan Allah adalah yang terbaik. حسبنا الله ونعم الوكيل 




No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...