Friday, 15 March 2024

Hari ke-75 di tahun 2024

Salam Ramadhan dan salam Jumaat mubaroqah

Hari ke-4 di bulan Ramadhan yang diberkati. Sahur pagi ini CikYong sediakan nasi putih dan telur dadar. CikYong panaskan tomyam yang suami belikan selepas solat Terawih semalam. CikYong juga panaskan nasi goreng dan roti telur yang berbaki daripada sahur semalam.

Usai solat subuh, CikYong ikuti kuliah hadith 40 syarah kitab Al Wafi perihal rukun islam ke-4 iaitu zakat. Selepas itu, CikYong ikuti pula pengajian Surah Jumuaah ayat 1 berkaitan kalimah Al Malik.

Anak2 pulang dari sekolah pada pukul 12 tengahari kerana hari ini hari Jumaat. 

Untuk Projek Ramadhan 1445, menu hari ini masih sama seperti semalam iaitu karipap pusing. Selepas asar, seperti biasa CikYong hantar ke hospital. Balik dari hospital, kami singgah di bazar Ramadhan untuk membeli susu segar yang dipesan oleh anak.

Hari ini berbuka puasa di masjid lagi. Walaupun anak2 keberatan untuk berbuka di masjid, CikYong masih ingin anak2 menimba pengalaman berkongsi rezeki bersama2 dengan orang lain. Bagi pandangan CikYong, berbuka puasa di masjid dapat mendidik anak2 dalam pelbagai perkara. Memahami konsep berkongsi rezeki. Menyantuni orang lain di meja makan. Kebergantungan rezeki kepada Allah. Mensyukuri rezeki Allah.

Perang di Palestine masih berlanjutan untuk hari ke-161. Isreal melakukannya lagi, menembak pemduduk Gaza yang sedang menunggu bantuan kemanusian tiba. Ya Allah, hanya kepada Mu kami menyerahkan diri ini. Tidak terkata untuk menukilkan bagaimana perasaan ini. 






No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...