Saturday, 9 March 2024

Hari ke-68 di tahun 2024

 Jumaat mubarokah..

Assalamualaikum… segala puji-pujian di panjatkan terhadap Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Hari yang penuh berkat, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah.

Pagi di mulakan dengan membaca dan memahami isi kandungan Al Quran. Sarapan bersama keluarga, direzekikan untuk menikmati juadah nasi lemak dan air Oligo, menggantikan Milo yang diboikot.

Kedua2 anak CikYong bergunting rambut di kedai. Al 

Hari ini terdapat kelas ganti bahasa arab bersama ustazah yang sepatutnya pada hari Rabu. Sementara itu, kelas bahasa arab komunikasi tidak diadakan hari ini. CikYong pun tidak pasti akan sebabnya, dan tiada sesiapa yang memaklumkannya di dalam group wassap. 

Oleh kerana CikYong tidak tahu untuk memasak menu apa untuk tengahari, suami CikYong membantu dengan membelikan lauk tengahari. Hari ini kami makan tengahari berlaukkan ikan keli goreng, sup, kari ayam dan sayur kacang buncis tumis. Alhamdulillah diatas rezeki yang dikurniakan Allah.

Sebelah petang, selepas suami CikYong dan anak2 pulang dari solat Jumaat, kami keluar untuk ke rumah bonda dan seterusnya ke kedai. Kami ke rumah bonda untuk menghantar sekarton buah tamar yang ingin ditumpangkan ke dalam peti ais rumah bonda. Selepas itu, kami ke kedai untuk membeli pula baju sekolah anak2 CikYong.

Usai membeli, kami pulang ke rumah. CikYong pula mula menyambung mengikuti rakaman kelas hadith back to back untuk tiga slot yang CikYong ketinggalan mengikutinya.

Pada hari ke-155 perang di Palestine, rundingan damai masih lagi tidak berjaya di capai. Perbincangan masih lagi menemui jalan buntu. Semua tidak pasti berapa lama lagi perang ini akan berlarutan. Hanya Allah yang Mengetahui. Sudah pasti apa yang telah termaktub di dalam di dalam ketentuan Allah, perkara itulah yang alan terjadi. Namun usaha yang istiqamah dari setiap umat Islam untuk menghentikannya juga sudah pasti akan diganjari dengan ganjaran yang setimpal. Itulah janji Allah. Pada masa yang sama, niat mestilah dibetullan agar segala usaha tidak sia-sia. Semoga Allah permudahkan segala urusan perbincangan damai di antara pihak pejuang dan pihak penindas. Amin amin ya rabbal alamin. 








No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...