Thursday, 14 March 2024

Hari ke-74 di tahun 2024

 Bersamaan dengan 3 Ramadhan 1445H. Hari ke-3 umat Islam mengerjakan tuntutan rukun Islam yang ke tiga iaitu berpuasa.

Sahur buat keluarga CikYong hari ini merupakan nasi goreng dan roti telur. Anak2 bangun dari tidur seperti biasa, masih ada lagi rasa mengantuk disebabkan perlu bangun lebih awal untuk bersahur. Selepas solat subuh di masjid, anak2 akan terus ke sekolah.

Hari ini CikYong tidak memasak kuih. CikYong hanya menempah karipap untuk menu pek kuih hari ini. CikYong isi waktu pagi dengan tilawah, ikuti pengajian syarah kitab Al Wafi, kuliah fahami surah Al Jumuah. CikYong berkesempatan mengikuti secara live kelas Hadith Arbain An Nawawi untuk hadith ke-17. Dan juga menghabiskan mengikuti kelas hadith siri ke-10 yang tertangguh.

Selepas Asar, CikYong dan suami ke hospital untuk menghantar pek2 kuih. Usai urusan di hospital, kami singgah ke rumah bonda untuk menghantar sedikit kuih buat juadah berbuka puasa bonda dan adik ipar sekeluarga.

Kami sekeluarga berbuka puasa di masjid lagi. Alhamdulillah rezeki hari ini merupakan nasi minyak, ayam masak merah, kurma daging, lempong masak hitam dan jelatah. Minuman yang disediakan ialah air jagung dan air coklat malt (mungkin bukan milo). Usai solat Maghrib berjemaah, kami pulang ke rumah. 



Hari ke-160 perang di Palestine. Diberitakan tentera pejuang meningkatkan operasi memerangi tentera kejam Isreal di bulan Ramadhan ini. Tentera marin Hamas dikatakan kelihatan berdekatan dengan pantai Zikim, penempatan haram Isreal di pinggir Gaza. Isreal pula sibuk mempertahankan tindakan mereka yang dikutuk habis-habisan oleh seluruh dunia. Banyak acara dunia telah mula memboikot Isreal dari menyertai acara2 antarabangsa. Isreal telah mula merasai mereka dihina oleh masyarakat dunia. Sesungguhnya Allah memuliakan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya dan menghina sesiapa yang dikehendaki.






No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...