Tuesday, 19 March 2024

Hari ke-78 di tahun 2024

 7 Ramadhan bersamaan 18 Mac hari Isnin.

Hari ini merupakan hari persekolahan minggu ke-2.

Sahur hari ini, CikYong sediakan nasi goreng dan telur dadar. Nasi putih dan gulai lemak udang, CikYong panaskan sahaja.

Pagi ini masih lagi menu yang sama, CikYong menyediakan lagi puding koktail untuk projek Ramadhan. 

Satu perbezaan yang ketara bagi diri CikYong di Ramadhan kali ini berbanding dengan Ramadhan2 sebelumnya adalah dari berita2 perihal Palestine dan umat Islam di luar daripada Malaysia. Sambutan Ramadhan di luar sana dapat dirasakan betapa Ramadhan diraikan sebaik mungkin walaupun di Palestine yang sedang berperang.

Kami sekeluarga berbuka puasa di masjid. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan. Nasi tomato, dalca udang, ayam masak merah, daging masak hitam dan jelatah merupakan menu berbuka di masjid.

Sebelah malam, selepas solat terawih, CikYong menjahit beg sekolah anak teruna kedua yang telah koyak dan zipnya rosak. Oleh kerana terasa mengantuk, CikYong akan menyambung membaiki begnya pada esok hari pula. InsyaAllah.

Hari ke-164 perang masih berlarutan. Tiada perjanjian yang dapat dimenterai untuk menghentikan perang di Gaza. Isreal menyerang Hospital AsShifaa di Gaza City untuk kali ke-4 semenjak perang Taufan AlAqsa ini bermula. Ya Allah, hanya kepadaMu kami memohon perlindungan buat saudara kami di Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.





No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...