Saturday, 9 March 2024

Hari ke-69 di tahun 2024

 Alhmadulillah untuk hari yang berbaki 2 hari lagi menjelang Ramadhan al mubarak.

CikYong telah mula membuat perancangan untuk Ramadhan. Kali ini insyaAllah akan ada projek Ramadhan sebagai pengisian diri, keluarga dan masyarakat. Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya.

Sarapan pagi ini seperti biasa, nasi lemak bungkus dan bihun goreng. Selepas sarapan, CikYong menjemguk sekejap pepohon bunga di tepi rumah sambil merumput dan membubuh baja organik buatan sendiri ke pepohon bunga. Bahan baja organik merupakan bahan2 buangan  dari dapur yang CikYong kumpulkan. Ianya yang terdiri daripada kulit bawang, batang2 sayur, kulit telur dsb. Untuk kulit bawang, CikYong rendamnya bersama air di dalam bekas tertutup selama lebih dari seminggu. Air bawang yang diperap itu akan CikYong siramkan ke pangkal pohon2 bunga. Bau air tersebut memang semerbak busuk. Harus diabaikan saja baunya, alah bisa tegal biasa, bak kata orang tua2.

Di tengahari, CikYong memasak gulai cili padi udang bersama bendi dan menggoreng ayam dan tempe tepung, dan juga ikan bawal.

Usai makan tengahari bersama keluarga, CikYong pergi ke perpustakaan untuk menyambung tempoh pinjaman buku. CikYong tidak sempat menghabiskan sebarang buku yang dipinjam, maka CikYong pinjam semula semuanya dengan harapan CikYong dapat menyambung bacaan.

Hari ke-156 perang di Palestine. Amerika mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan membina pelabuhan di Gaza untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang kebuluran dan dihimpit kesengsaraan hidup akibat perang. Soalan yang timbul adalah, jika Amerika ingin membantu rakyat Palestine, mengapa tidak Amerika mengarahkan negara partner in crime nya untuk membuka laluan Rafah agar bantuan boleh di hantar melalui darat? Sebab yang nyata adalah pelabuhan itu akan digunakan sebagai laluan syarikat penggali minyak di laut Gaza. Ya Allah, lindungilah Palestine dan umat Islam daripada tangan2 perosak ini. Amin amin ya rabbal alamin.

Amerika menghantar bantuan secara airdrop, tetapi malangnya, payung terjunnya tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan bantuan yang dijatuhkan terhempas dan mengenai penduduk Palestine yang sedang menunggu bantuan makanan menyebabkan kematian. Tiada satu pun tindakan Amerika yang bermanfaat kepada rakyat Palestine.









No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...