Alhamdulillah untuk hari di ambang Ramadhan. Ya Allah, izinkan diri ini menemui Ramadhan kali ini.
Anak2 CikYong bangun pagi seawal pukul empat setengah pagi. Mereka bersiap2 dengan pakaian sekolah dan beg sekolah masing2 sebelum ke masjid untuk solat subuh. CikYong menyediakan bekal untuk anak2 ke sekolah. Pada mulanya, CikYong ingin membeli nasi lemak untuk dijadikan bekal mereka, namun tiada gerai nasi lemak yang berniaga hari ini. Oleh kerana itu, CikYong sediakan nasi goreng, sandwich telur dan kek marble yang di beli semalam untuk dijadikan bekal anak teruna sulong CikYong.
Usai menghantar anak2 ke sekolah, CikYong dan suami keluar bersarapan di pekan. Sungguh ramai pelanggan di kedai roti canai yang terkenal di pekan ini. Alhamdulillah kami dapat meja kosong setelah menunggu sebentar. Pesanan makanan juga pantas, walaupun terdapat ramai pelanggannya. Setelah selesai bersarapan, kami singgah di kedai plastik utk membeli plastik pembungkus kurma, sebelum kami pulang ke rumah.
Anak2 pulang dari sekolah masing2 pada pukul satu setengah dan dua petang. Anak teruna kedua hanya makan tengahari ikan goreng dan kicap, kerana dia kurang gemar masak tauchu yang CikYong sediakan.
Cuaca hari ini hingga ke senja terasa lebih panas dari hari2 yang lain. Rumah CikYong terasa berbahang di siang hari.
Hari ke-158 perang di Palestine. Hari ini rakyat Palestine mula berpuasa Ramadhan. Mereka tetap mengerjakan solat Terawih walaupun mereka sentiasa terdedah kepada serangan Isreal. Sementara itu Israel tetap meneruskan mengebom tempat kediaman penduduk Gaza dan menangkap rakyat Palestine di Tebing Barat. Sekatan di lakukan di Masjid Al-Aqsa untuk menghalang umat Islam di sana mengunjungi dan melakukan solat terawih di sana.


No comments:
Post a Comment