Hari ini merupakan Nuzul Quran 17 Ramadhan bersamaan hari Khamis 28 Mac.
Hari ini merupakan hari cuti bagi sekolah anak2 CikYong.
Alhamdulillah di atas segala kurnian Allah. Semoga hati ini dapat di didik agar mempunyai sifat2 mahmudah dan disingkirkan sifat2 mazmumah. Amin amin ya rabbal alamin.
CikYong dan keluarga bersahur dengan nasi minyak yang CikYong kukus untuk memanaskannya. CikYong juga memasak kuah kari kentang, nasi goreng dan roti telur. Ayam goreng yang berbaki dari hari sebelumnya, dijadikan lauk untuk nasi minyak.
Selepas solat subuh, CikYong mendengar siri Lembayung Al Quran di radio Ikim.Fm. Setelah itu, CikYong menyambung mendengar kuliah subuh secara dalam talian, disampaikan oleh Timbalan Mufti berkenaan Nuzul AlQuran. Usai kuliah, CikYong menyambung pula menonton video tadabbur Surah Al Jumuah dan Striking Examples from the Quran oleh NAK.
Pagi ini CikYong mencuba membuat puding roti menggunakan lebihan roti yang tidak digunakan untuk sandwich. Sebelah awal petang, CikYong menyediakan sandwich ayam untuk Projek Ramadhan. Selepas Aaar, CikYong hantarkannya ke hospital.
Hari ini kami sekeluarga berbuka di masjid. Hari ini kurang jemaah yang hadir berbuka puasa di masjid. Di meja makan, hanya terdapat dua orang anak dara dan CikYong sahaja. Kebiasaannya setiap meja, disediakan untuk enam orang. Alhamdulillah anak dara tersebut membungkus makanan yang berlebihan. Menu hari ini merupakan nasi minyak, ayam goreng berempah, kari ikan, sambal udang dan jelatah. Terdapat juga agar2, kuih bingka, buah tamar dan tembikai. Terdapat juga jemaah muslimat yang membawa juadah tambahan yang dikongsi bersama iaitu cekodok dan cempedak goreng.
Hari ke-174 perang di Palestine. Walaupun PBB telah meluluskan resolusi gencatan senjata, namun Israel secara terang2 tidak menghiraukannya. Pengeboman di Gaza masih lagi berterusan. Video tentera IDF menembak rakyat Palestine yang cuba pulang ke utara Gaza telah disiarkan di saluran tv Al Jazeera. Ya Allah lindungilah kami dari kejahatan manusia2 yang zalim ini dan hancurkanlah musuh2 Allah. Amin amin ya rabbal alamin.



No comments:
Post a Comment