Ramadhan Kareem!
Alhamdulillah diizinkan Allah untuk CikYong bertemu Ramadhan semula di tahun ini. Ramadhan Mubarak! Semoga di Ramadhan kali ini Allah menganugerahkan keampunan buat CikYong, keluarga yang dekat dan jauh, rakan taulan, saudara mara, umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia.
Sudah pasti Ramadhan kali ini berbeza kerana saudara Islam di Palestine masih lagi di dalam peperangan. Inilah kali pertama di dalam hidup CikYong, CikYong mengikuti secara dekat akan bagaimana umat Islam di negara lain menyambut Ramadhan. Berita perihal rakyat Palestine banyak dikongsikan di media sosial termasuklah sambutan Ramadhan mereka di sana. Hari ke-158 perang masih berlanjutan di Palestine.
Terdapat khabar gembira perihal bantuan kemanusiaan telah mula dibawa masuk, walaupun kuantitnya masih jauh dari mencukupi buat rakyat Palestine yang kebuluran. Di laporkan terdapat 25 orang yang terkorban disebabkan kebuluran.
Sahur pertama buat keluarga CikYong merupakan nasi putih, telur dadar, ikan masak tauchu yang diperangatkan daripada lauk semalam dan roti telur.
Sebelah pagi hingga ke tengahari, CikYong memasak muffin dan congo bar. Ini merupakan menu pertama untuk projek Ramadhan 1445H. Selepas Asar, CikYong pergi ke hospital bertemu bertemu dengan Jururawat bertugas on call di wad. CikYong serahkan lima puloh pek kuih kepada staf yang bertugas. Staff berkenaan akan mengagihkan pek kuih tersebut ke wad2 mengikut giliran. Perancangannya, CikYong akan menghantar setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini ke petugas yang on call. Alhamdulillah hari pertama telah diselesaikan.
Untuk iftar hari ini dan perancangan untuk hari2 seterusnya, CikYong dan keluarga berbuka puasa di masjid kampung CikYong. Alhamdulillah direzekikan dapat berbuka seperti yang dirancang.


No comments:
Post a Comment