Wednesday, 6 March 2024

Hari ke-64 di tahun 2024

 Alhamdulillah untuk ke sekian harinya masih lagi bernafas, masih lagi dikurniakan Islam, kesihatan, keamanan.

Pagi ini seawal bangun dari tidur, anak saudara CikYong telah datang berbisik pada CikYong, boleh ke nak buat painting? CikYong kata kepada anak saudara, boleh, lepas kita sarapan ye. Jadinya, tidak sabar anak2 saudara hendak bersarapan. Bila bersarapan pun laju sahaja hendak habiskan. Maklumlah, anak2 saudara CikYong memang teruja hendak buat painting seperti yang pernah mereka buat bersama2 dengan CikYong sebelum ini. 

Kelas painting secara tidak formal dimulakan untuk ketiga2 anak saudara. Anak teruna kedua CikYong juga turut serta. Kali ini menggunakan warna poster dan kertas. Pada mulanya, mereka ingin menggunkan kanvas seperti yang mereka gunakan sebelumnya ini, namun CikYong tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Kanvas yang berbaki yang ada, CikYong telah framekan dan CikYong perlukannya untuk lukisan CikYong yang seterusnya. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan warna poster dan kertas, mereka berjaya juga menghasilkan lukisan yang menarik sehingga anak saudara yang sulong, si Abang mahu membawa pulang lukisannya. Ianya bermaksud, siAbang berpuas hati dengan hasil lukisannya.

Pada tengahari, adik CikYong dan keluarganya bergerak pulang semula ke ibukota. Terasa juga sunyi apabila hanya tinggal CikYong dan keluarga sahaja. Semoga suatu hari nanti, semua adik beradik CikYong akan dapat berkumpul bersama-sama lagi seperti ketika mak dan abah masih lagi ada. InsyaAllah.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-151. Sebenarnya semalam 3hb Mac merupakan genap 100tahun kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Semenjak kejatuhan itu, umat Islam melalui zaman fitnah terhadap Islam dan kegelapan.







No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...