Alhamdulillah sepuluh hari lagi menuju Ramadhan Mubarak. Semoga diizinkan Allah agar dapat menikmati keberkatan Ramadhan kali ini.
Hari ini CikYong menggoreng nasi lebihan dua hari lepas. Anak2 dan suami pula bersarapan nasi lemak bungkus. Selepas sarapan pagi, CikYong dan anak teruna sulong CikYong pergi ke klinik ortodontik untuk anak CikYong hadiri temujanji doktor pakar. Anak CikYong telah mengikuti temujanji susulan semenkak setahun yang lepas. Oleh kerana dia mempunyai masalah rahang bawah yang tidak membesar seiring dengan rahang diatasnya, struktur ruang dalam mulutnya mempunyai masalah underbite.
Untuk memperbaiki struktur mulutnya, pakar ortodontik telah membuat alat palatel extender yang telah anak CikYong pakai di dalam mulutnya semenjak lebih setahun yang lepas. Hari ini merupakan salah satu temujanji susulan yang perlu dihadiri untuk doktor memeriksa perkembangan pembaikan tersebut. Setelah doktor memeriksa dan mengambil acuan mulutnya, kami perlu datang semula pada petangnya. Pada temujanji sebelah petang, alat extender tersebut telah ditambah sedikit yang menyebabkan rahang ditolak lebih ke hadapan apabila ianya dipakai. Susulan temujanji seterusnya dibuat untuk enam minggu lagi.
Balik dari temujanji sebelah paginya, suami CikYong dan anak teruna kedua sedang mengemas barang2 yang masih banyak berkumpul di ruang tamu dan di dapur. CikYong dan anak teruna sulong turut mengemas buku2 sekolah yang lama.
Untuk makan tengahari, anak2 CikYong makan nasi ayam, sementara CikYong menghabiskan nasi goreng yang masih lagi berbaki. Suami CikYong pula memasak mee goreng segera.
Pada sebelah petang, balik daripada temujanji, kami singgah sebentar di hospital. CikYong pergi ke pejabat pentadbiran untuk bertanyakan perihal surat permohonan untuk projek Ramadhan CikYong dan keluarga. Oleh kerana timbalan pengarahnya sedang bercuti kerana mengerjakan umrah, pegawai berjanji akan menghubungi CikYong pada minggu hadapan untuk memaklumkan jawapan kepada permohonan tersebut.
Hari ke-148 perang di Palestine memperlihatkan satu lagi kekejaman yang tidak terjangkau oleh akal yang waras. Lebih seratus orang rakyat Palestine di utara Gaza dan lebih tujuh ratus yang cedera yang ditembak oleh tentera zionis Israel. Rakyat Palestine yang kebuluran sedang menunggu trak bantuan kemanusiaan yang tiba di awal pagi di utara Gaza. Ketika penduduk di utara Gaza menghampiri trak2 tersebut, Isreal mengambil kesempatan menggunakan drone untuk menembak tepat kepada mereka.
Ya Allah, kami yakin bahawa akan ada sesuatu yang akan terjadi kepada penjenayah2 zionis yang kejam ini. Kami yakin kesabaran dan keimanan rakyat Palestine pasti akan diganjari olehMu ya Allah. Ya Allah limpahkanlah kesabaran dan kekuatan di dalam hati kami. Amin amin ya rabbal alamin.










No comments:
Post a Comment