Hari Sabtu 12 Ramadhan bersamaan dengan 23 Mac.
Alhmdulillah ya Allah yang masih mengizinkan diri ini bernyawa dan terus berjuang.
Untuk sahur, CikYong memasak nasi lemak dan menggoreng telur dadar dan telur mata. Sambal nasi lemak yang dibekalkan oleh adik ipar semalam, CikYong panaskan.
Usai solat subuh, CikYong pun mula membuat mufin dan congo bar untuk penyediaan juadah projek Ramadhan. Alhamdulillah untuk Projek Ramadhan kali ini, CikYong menerima sumbangan kewangan dari keluarga dan rakan2 terdekat yang ingin turut serta. Jazakallahu khairan buat semua yang menyokong dan membantu.
Hari ini CikYong sekeluarga berbuka puasa di masjid. Hari ini CikYong diberi kesempatan berbual sekejap dengan Makcik A, kami duduk semeja. Rupa2nya Makcik adalah kawan kepada arwah ibu CikYong. Seronok sungguh rasa hati CikYong dapat berjumpa dan bersembang dengan makcik.
CikYong terbaca suatu berita yang di kongsi oleh sahabat di wassap group perihal saintis angkasa menemui sekumpulan air di angkasa. Dikatakan air tersebut berada di sekitar satu lohong hitam yang diberi nama qausar.
Hari ke-169 perang di Palestine. Di media sosial ada memaparkan ucapan pengasas Al Qassam iaitu Allahyarham Syeikh Yassin bersempena ulangtahun beliau dibunuh oleh Isreal. Ucapan beliau memberi semangat buat pejuang2 yang masih utuh di jalan jihad.
Terdapat juga beberapa video yang dipaparkan oleh tentera Isreal yang menunjukkan drone Isreal mengebom orang awam seolah2 seperti di dalam e-games. Ya Allah lindungilah kami dari tangan2 syaitan.




No comments:
Post a Comment