Hari ke-6 Ramadhan bersamaan 17hb Mac 2024, hari Ahad.
Alhamdulillah syukur kepada Allah masih lagi berkesempatan berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Sahur pagi ini CikYong sediakan nasi, ayam goreng tepung dan roti telur. Tomyam yang masih berbaki dari jari semalam, CikYong panaskan.
Selepas menyelesaikan urusan kerja rumah, CikYong mula memasak puding koktail untuk menu projek Ramadhan hari ini. Suami juga membantu menyediakan bekas puding. Selepas asar, seperti biasa, CikYong hantarkannya ke hospital.
CikYong sempat juga untuk mengikuti kelas hadith arbain an Nawawi untuk siri ke-12.
Hari ini merupakan hari pertama berbuka puasa di rumah untuk tahun ini. Itulah yang dikatakan oleh anak teruna sulong CikYong. CikYong meraikan permintaan anak CikYong yang ingin berbuka puasa di rumah sahaja pada hari ini. Usai dari menghantar kuih, CikYong terus masuk ke dapur menyediakan gulai lemak kuning udang dan tumis kobis panjang. Suami belikan separuh ayam golek, kuih dangai dan samosa. Untuk air, CikYong sediakan air sirap selasih dan air vico sejuk. Alhamdulillah kami direzekikan juadah berbuka yang mencukupi.
Suami dan anak2 bersolat Isya’ dan Terawih di masjid, sementara CikYong bersolat di rumah.
Hari ke-163 perang di Palestine. Alhamdulillah bantuan kemanusiaan telah tiba di utara Gaza, kawasan yang paling kritikal tahap kebulurannya. Setelah hampir lima bukan tiada bantuan ke utara Gaza, dikatakan 13 buah trak membawa barangan keperluan makanan telah tiba di gudang URNWA. Syukur ke hadratMu ya Allah diatas segala nikmat dan ujian yang mendatang.
Dikatakan juga berpuluh ribu umat Islam menunaikan solat di Masjid Al Aqsa di bulan Ramadhan ini. Walaupun pelbagai sekatan dikenakan oleh Israel untuk menghalang umat Islam mengunjungi Masjid Al Aqsa, namun ianya tetap dibanjiri oleh umat Islam yang taat dan berani.







No comments:
Post a Comment