Setiap pagi dimulakan dengan ucapan Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt diatas peluang menghirup udara yang segar di pagi hari.
Hari ini, CikYong hanya duduk di rumah sahaja. CikYong dan keluarga sibuk mengemas rumah. Di antara sebab2 rumah CikYong perlu di kemas adalah kerana:
1. Barang2 yang dipindahkan dari rumah sewa sebelah yang bertimbun perlu dikemaskan
2. Hari raya yang bakal kunjung tiba sebulan lebih lagi maka sekarang ini merupakan masa yang sesuai untuk mengemas
3. Adik CikYong dan keluarganya akan balik ke sini pada malam ini
Kerja2 mengemas selesai hingga ke petang hari
Adik CikYong dan keluarga tiba di rumah pada sebelah malam. Sempat lagi adik singgah di pasar malam di pekan sebelum tiba di rumah. Banyak juga makanan yang dibelinya di pasar malam.
Kami tidur agak lewat juga selepas bersembang2 sikit.
Hari ke-149 perang di Palestine. Suatu yang memang mengagumkan CikYong akan keutuhan keimanan rakyat Palestine. Gambar memaparkan rakyat Palestine tetap berkumpul m mengerjakan solat Jumaat di atas runtuhan masjid. Walaupun mereka terdedah kepada serangan bom dan bedilan peluru dari penembak sniper ataupun bedilan dari kereta kebal, ia tidak sedikitpun menggugat keazaman mereka. Sesuatu yang sukar didapati pada umat Islam di akhir zaman ini. Ya Allah semoga mereka di balas dengan syurga yang tertinggi dan berikanlah kekuatan buat kami untuk mengikuti jejak2 mereka. Amin amin ya rabbal alamin.


No comments:
Post a Comment