Assalamualaikum..
Hari ini merupakan hari terakhir cuti persekolahan. Anak2 CikYong telah mula mengadu sedih dan dan mengharapkan cuti boleh dipanjangkan lagi. Menurut anak2, terasa seperti baru sahaja mula bercuti, sekarang cuti telah pun habis. Begitulah lumrahnya, perasaan tersebut akan biasa tercetus selepas melalui cuti yang panjang.
Hari ini juga merupakan hari melihat anak bulan Ramadhan. Selepas Maghrib, diumumkan bahawa tarikh 1hb Ramadhan jatuh pada hari Selasa 12hb Mac iaitu pada hari lusa.
Pagi ini CikYong dan keluarga bersarapan di luar. Kami bersarapan di medan selera di pekan. Suami mengambil mee goreng mamak, CikYong dan anak teruma kedua pula roti canai, sementara anak teruna sulong makan mee sup kegemarannya. Mee sup yang dijual di salah satu kedai di medan selera ini memenuhi citarasanya.
Selepas balik daripada bersarapan, CikYong dan suami keluar semula untuk ke hypermarket di pekan. Masih ada beberapa barang keperluan yang perlu dibeli untuk persediaan projek Ramadhan. Ketika kami tiba di situ, terdapat begitu ramai pengunjung melebihi dari kebiasaannya. Rupa-rupanya terdapat jualan rahmah diadakan di hypermarket tersebut.
Setelah selesai segala urusan di luar, kami pun pulang ke rumah. CikYong terus menyediakan makanan tengahari yang merupakan nasi, sayur sawi masak lemak, ikan kembung goreng dan telur dadar.
Sebelah petang selepas asar, CikYong dan suami pergi mengambil duit sawit daripada abang R yang mengusahakan kebun sawit arwah ibu CikYong. Kebun tersebut telah ditukar nama pemilik dari arwah ibu kepada abang dan dua orang adik CikYong. Oleh kerana CikYong yang berada di kampung, maka lebih mudah untuk CikYong sebagai wakil daripada adik-beradik untuk berurusan dengan abang R. Duit hasil sawit tersebut akan CikYong berikan kepada mereka yang merupakan pemilik kebun tersebut.
Pada sebelah malam, CikYong masuk tidur seperti biasa. Sempat lagi CikYong berpesan kepada anak2 agar tidur lebih awal dari hari2 sebelumnya. Esok pagi mereka perlu bangun awal untuk bersiap ke sekolah sesi pagi.
Hari ke-157 perang di Palestine. Video ucapan Abu Ubaidah disiarkan di media2 sosial hari ini. Ucapan beliau di ambang Ramadhan tetap menekankan kekuatan para pejuang yang masih teguh berjuang dan akan lebih bersemangat dengan datangnya Ramadhan. Satu permerhatian daripada netizen yang turut dikongsikan adalah perihal perubahan fizikal Abu Ubaidah. Kelihatan susut badannya berbanding gambarnya di ketika awal peperangan. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat rakyat Palestine dan umat Islam yang beriman. Amin amin ya rabbal alamin.



No comments:
Post a Comment