Monday, 4 March 2024

Hari ke-63 di tahun 2024

Dimulakan hari dengan ucapan Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran ke atas Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Hari ini keluarga CikYong dan keluarga Adik CikYong pergi ke bandar. Mengikut perancangannya kami hendak ke kolam renang. Oleh kerana semasa kami tiba di kolam renang, tinggal 15minit sahaja sebelum di tutup untuk sesi pagi, maka kami tangguhkan mandi kolam ke sesi petang. Kami kemudiannya terus ke kedai makan untuk bersarapan.
Usai bersarapan, kami pergi pula ke padang rekreasi yang berdekatan. Kami meluangkan masa di situ sehingga hampir kw waktu kolam renang dibuka untuk sesi petang. Ketika di padang, anak2 berkesempatan bermain di taman permainan di situ sebentar sebelum mereka berehat kepenatan. Maklumlah waktu itu matahari tegak di atas kepala.
Setibanya semula kami di kolam renang, kami menunggu sebentar sebelum pintu gate di buka. Anak2 teruja bermain di kolam walaupun di ketika di awal petang, matahari bersinar memancar. Kami ibu bapa hanya memerhati dari tepian kolam. Terasa juga panasnya walaupun ada sekali sekali mendung apabila awan kelabu menghalang pancaran matahari.
Setelah puas bermain air selama kira2 sejam setengah, anak2 pun mula keluar daripada kolam dan membersihkan diri di bilik mandi yang disediakan. Setelah selesai semuanya, kami duduk sebentar di cafe yang terletak bersebelahan dengan kolam sambil anak2 makan makanan ringan dan minum.
Setelah itu kami bergerak meninggalkan kolam. Destinasi kami seterusnya ialah ke rumah sepupu CikYong yang terletak di pertengahan perjalanan balik ke kampung CikYong. Kami singgah di rumah sepupu CikYong yang telah bersara dan tinggal berdua suami isteri. Rupa2nya ada rezeki kami bertemu dengan cucu sulong mereka dan menantunya. Menantu sepupu CikYong masih lagi di dalam pantang, di sepanjang tempoh pantang, beliau dan bayinya tinggal di rumah sepupu CikYong. Memang kelihatan keterujaan dan kegembiraan terpancar di wajah sepupu dan suaminya yang baru lagi bergelar nenek dan atuk. 
Kami dijamu dengan mee goreng dan agar2. Kami juga ada bawakan buah tangan murtabak dan rojak. Setelah semua selesai mengerjakan solat asar di sana, kami pun mengundurkan diri untuk bergerak pulang ke kampung. Kami tiba di rumah selepas masuk waktu Maghrib. 
Sebelah malamnya, adir ipar CikYong belikan lauk di kedai tomyam yang berdekatan dengan rumah. CikYong hanya memasak nasi dan telur dadar. Setelah semua selesai makan dan CikYong telah sediakan tempat tidur, CikYong pun masuk tidur awal daripada malam semalam

Telah masuk hari ke-150 iaitu bersamaan lima bulan perang di Palestine. Rata2 rakyat dunia mengutuk keras ke atas Isreal disebabkan tindakan kejam Isreal membunuh lebih 100 rakyat Palestine yang sedang menunggu trak bantuan kemanusiaan. Ironinya, akibat tekanan dari seluruh dunia, Amerika telah berjanji untuk menghantar bantuan secara airdrop ke Gaza. Walaupun hakikatnya Amerika lah yang menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang genjatan senjata, adakah dengan sedikit bantuan kemanusiaan ini, boleh membuatkan dunia melupakan tindakan sebenar Amerika. Tepuk dada tanyalah iman.





No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...