Monday, 6 May 2024

Hari ke-126 di tahun 2024

 Alhamdulillah di atas hari yang masih berbaki. Semoga masa yang di pinjamkan.

5 Mei bersamaan 26 Syawal hari Ahad.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong.

Selepas subuh, CikYong terus masuk ke dapur, memasak kek congo bar. Kek ini ingin CikYong bawa sebagai buah tangan ke majlis jamuan hari raya di pusat asuhan kanak2 pada tengahari nanti. Mantan guru lukisan CikYong menjemput CikYong untuk turut serta majlis tersebut yang diisi juga dengan aktiviti2 untuk anak2. 

Usai memasak kek, CikYong dan suami keluar berbasikal. Kami berbasikal di laluan biasa sejauh lima belas kilometer. Hari ini agak memenatkan buat CikYong kerana kami keluar lewat dari kebiasaannya. Matahari yang telah tinggi segalah memancar terik dan juga hanya awan nipis yang kelihatan di langit.

Suami kemudiannya membeli nasi lemak untuk kami sekeluarga bersarapan. Ketika kami bersarapan, adik ipar (no. 5) datang ke rumah bersama suaminya. Adik ipar CikYong berada di kampung sejak lima hari yang lalu. Beliau bercuti untuk menghadiri mesyuarat kooperasi di bandak K. Alhamdulillah adik ipar datang menjenguk CikYong di rumah. Semenjak beliau pulang bercuti, CikYong tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Dapat juga kami bersembang bertanya khabar.

Setelah adik ipar dan suami pulang ke rumah bonda, CikYong bergerak ke majlis jamuan raya. Setiba di pusat asuhan, acara mewarna dan membuat kad hari raya telah pun selesai. Acara kuiz raya pula sedang berlangsung. CikYong menjamu selera bersama mantan guru lukisan sebelum CikYong masuk ke pusat asuhan menyertai pengunjung2 yang lain. Majlis begitu meriah dengan anak2 kecil yang bersemangat menjawab kuiz dan menerima hadiah dan juga duit raya.

Usai majlis, CikYong membantu ajk majlis mengemas pusat asuhan tersebut sebelum CikYong pulang.

Untuk makan tengahari, CikYong sediakan ikan keli goreng, ayam goreng tepung, sawi tumis dan sup ayam.

Sebelah petang, hujan turun dengan lebatnya. Pada lewat petang, tiada letrik di kampung CikYong. Ianya berlarutan sehingga selepas Isya’. Kami bergelap hanya diterangi oleh lampu dari telefon bimbit.

Hari ke-211 perang di Palestine. 

Perbincangan genjatan senjata sedang berlangsung di antara Hamas dan Isreal. Namun Isreal masih lagi bermain tarik tali di dalam perbincangan tersebut. Isreal masih cuba menggunakan perang psikologi kepada Hamas apabila Isreal menekankan untuk memulakan serangan di Rafah. Hamas menyatakan penghalang kepada keberjayaan perbincangan adalah merupakan Nethanyahu sendiri. Walau apapun perancangan Isreal, Hamas masih utuh dengan pendiriannya untuk gencatan senjata sepenuhnya. Sesungguhnya Allah tempat kami berlindung. Alhamdulillah. 







No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...